“Assalamualaikum cinta.” Ayda Jebat & Nabil Buka Lembaran Tahun Baru Sebagai Suami Isteri

Share

Membuka lembaran tahun baru 2021, pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri. Ayda Jebat dan pengacara Nabil Mahir memilih tarikh 1 Januari sebagai tarikh bersejarah buat mereka dalam melatari alam rumah tangga.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri sekitar jam 3:30 petang tadi di sebuah masjid di ibu negara. Ayda menerima seutas rantai berlian sebagai mas kahwin.

Usai majlis pernikaha, pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 Sumber: aydajebat, anaszahrin Fedtri Yahya

 

IKLAN