Asyik Bekal Yang Sama Je! Elak Anak Jemu, Jom Buat Roti Sandwich Ala Puff. Mudah Je Caranya!

Share
Baru seminggu sekolah, mak-mak dah buntu nak buat bekal apa untuk anak. Ye la, dah 4 bulan anak tak pergi ke sekolah, mak-mak pun dah lupa menu apa yang best untuk tarik minat anak nak ke sekolah. Hehe

Haa ni ada idea menarik yang boleh anda cuba. Mudah je, zup zap dah siap! Kenyang pun kenyang haa… Jom cuba, resipi mudah oleh Naimah Hapis

ABANG SUKALAH YANG NI !

Haaa senang gheja umi lepas ni nak prepare sesiap bekal untuk abang Luqman pi sekolah. Hari tu guna sosej, ni tukaq ayam segaq. Mujuq dia komen “Umi, Abang sukalah yang ni!”😋

👍.

Roti Sandwich Ala Puff 

Bahan-bahannya :-

Roti

Isi Ayam

Mayonis

Lada Hitam

Cheese powder

cheese cheddar

sos cili/tomato

Cara-caranya :-

1) Rebus ayam terlebih dahulu. Kemudian racikkan kecil. 

2) Campurkan ayam yang telah dicarikkan bersama mayonis, serbuk cheese, dan lada hitam. 

3) Sapukan sos pada roti, kemudian letakkan inti ayam yang telah dicampurkan tadi bersama kepingan cheese. 

4) Lipat dua roti, kemudian tekap hujung roti menggunakan garfu. 

5) Masak roti di atas kuali leper, boleh letakkan sedikit butter / marjerin pada kuali. 

6) Siap untuk dihidang! 

IKLAN