Asyik Beli Je, Ini Cara Buat Ayam Percik Paling Simple & Sedap. Ratah Makan Macam Ni Sedap!

Share

Selalunya bila datang rasa teringin nak makan ayam percik kita akan membeli di kedai. Tengok mak kita buat macam susah je nak buat.

Bagaimanapun resipi ini menggunakan bahan yang simple je. Step nak buat memang mudah. Jom kita ikuti resipi ini dan cara penyediannya.

RESEPI AYAM PERCIK PALING MUDAH

Ini first resepi untuk tahun 2020. Sebenarnya masak je tapi terus ngap haha, tak sempat nak ambil gambar step by step. Awal tahun biasa la sibuk sikit menyusun gerak kerja. Ini ayam percik resepi yang agak simple tapi sedap. Ada beberapa lagi versi lain, nanti saya update ye.
.
Okay jom tengok resepi di bawah.

BAHAN-BAHAN A

• 1/2 ekor ayam
• 2 kotak santan yang saiz kecil
• 1 sudu teh pes asam jawa (bancuh dengan air)
• 1 sudu teh halba
• Air secukupnya
• Gula dan garam secukup rasa
.
BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)

• 15 tangkai cili kering (saya guna 5 sudu besar cili kering yang sudah dikisar)
• 5 biji bawang merah
• 4 ulas bawang putih
• 2 batang serai
• 1 inci halia
.
CARA MEMASAK

1. Bersihkan ayam, kelar dan toskan. Gaulkan ayam dengan sedikit garam.

2. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, asam jawa, halba, gula, dan garam.

3. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ayam sederhana masak. Pastikan kuah tadi sebati dengan ayam.

4. Letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar hingga masak sepenuhnya dan sedikit garing. Sambil tu sapukan kuah ke atas ayam berulang kali sambil terbalikkan supaya ia melekat cantik.

5. Siap dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!
Sumber: Miss Nick Kitchen via Nur AqyLa

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN