Aplikasi Telegram merupakan antara medium wajib dimuat turun pada telefon pintar majoriti antara kita untuk berbaul dengan kenalan. Malah yang menariknya melalui aplikasi ini kita dapat mengumpulkan keluarga, rakan-rakan dan juga teman sepejabat di dalam group chat yang berbeza.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun demikian, kadangkala kita enggan berada dalam kumpulan chat yang kita tidak mahu menyertainya.
Sebagai contoh, kita diajak berada dalam satu kumpulan yang mengajak bermain judi atau mungkin yang berunsurkan pornografi.
Situasi seperti ini pastinya membuatkan kita rasa terganggu dan sangat rimas bila setiap hari asyik kena ‘add’.
Jadi tahukah anda sebenarnya ada cara yang boleh anda buat untuk elakkan daripada terus berlaku. Ini sepertimana perkongsian daripada Puan Rosfadzillah Mohamed Yusof di akaun facebooknya.
Perkongsian ini mendapat perhatian umum, memandangkan tidak dinafikan ramai yang mengalami masalah di ‘add’ ke group yang bukan-bukan.
“Siapa yang Telegram dia selalu kena add masuk group judi,forex ke trader ke,boleh ubah setting mcm ni.Dah aman telegram saya takda orang add group tak tentu hala,” tulisnya pada kapsyen hantaran di facebooknya.
Langkah Demi Langkahnya
1.Tekan setting
Ads
Pilih privacy and security
3.Kemudian pilih Groups & Channels
Ads
Tick dekat my contact, kalau everybody itu yang boleh orang main add je kita tu.
Meninjau di ruangan komen, nyata ramai berterima kasih dengan perkongsian langkah demi langkah tersebut. Jadi buat anda bolehlah setkan seperti yang ditunjukkan ini. Selamat mencuba.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Biar macam mana sekali pun perangai dan karenah anak, namun merekalah merekalah racun, merekalah penawar.
Bagi yang mengenali Fynn Jamal, Instafemes pasti tahu dia memiliki dua orang anak angkat. Terbaru di dalam perkongsiannya menerusi laman instagramnya, Fynn Jamal memuat naik catatan sempena ulang tahun pertama anak perempuannya bernama Sakti Kencana Fitri.
“”Terima kasih الله untuk setahun peluang hidup dgn sakti kencana fitri. Semoga kau pelihara dia dari mungkar, terjaga rukun islam dan rukun imannya. ingatkan dia kau tak pernah jauh. di masa dia hanyut, rentap dia semula. . “sakti kencana fitri, letak الله mendahului dari segala di langit dan bumi. itu sahaja doa mummy. . “jaga balong. dia perlukan awak utk teman dia sampai dia pergi. mummy daddy tak tau sempat sampai bila ni.”Tulisnya dikapsyen.
Melahirkan rasa kesyukuran dengan setahun kelahiran Sakti Kencana Fitri, Fynn Jamal turut mendoakan anak perempuannya itu sentiasa dirahmati selain menyelitkan nasihat berbaur emosi yang meminta anaknya itu menjaga Balong iaitu Juna yang merupakan anak lelaki sulung bila Fynn Jamal dan suami kerana tak tahu sempat sampai bila.
Perkongsian yang cukup beremosi itu kemudiannya mendapat perhatian dari pengikutnya. Rata-rata meluahkan sebak dan terharu dengan doa yang cukup ringkas namun mendalam maksudnya.
Fazura kongsi quote wanita solo, “Bujang itu bukan sumpahan” – ini maksud sebenar yang ramai tak sedar apabila pelakon dan usahawan terkenal itu memuat naik semula satu petikan menyentuh hati di Instagram Story miliknya baru-baru ini. Walaupun sekadar perkongsian ringkas, mesej yang dibawa nyata mengundang perhatian ramai khususnya dalam kalangan wanita.
Petikan tersebut menekankan bahawa kehidupan seorang wanita tetap indah dan bermakna walaupun tanpa pasangan di sisi. Malah, ia menggambarkan ada wanita yang lebih tenang, berseri dan stabil emosinya ketika tidak berada dalam hubungan yang tidak sihat.
Perkongsian apabila Fazura kongsi quote wanita solo ini bukan dilihat sebagai menolak perkahwinan, tetapi lebih kepada mengangkat nilai kematangan dan kesediaan sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Antara isi penting dalam petikan itu menyentuh realiti bahawa sebahagian lelaki masih belum benar-benar bersedia dari segi emosi, kewangan, kebersihan diri dan kesetiaan. Dalam konteks kekeluargaan, perkara asas inilah yang sebenarnya menjadi tunjang kepada hubungan yang sihat dan berpanjangan.
Perkahwinan bukan sekadar memenuhi desakan sosial atau soalan “Bila nak kahwin?”. Ia adalah satu tanggungjawab besar yang menuntut kematangan kedua-dua pihak. Tanpa persediaan mental dan emosi, rumah tangga mudah goyah dan akhirnya memberi kesan bukan sahaja kepada pasangan, malah kepada anak-anak dan keluarga besar.
Melalui tindakan Fazura kongsi quote wanita solo ini, mesej yang cuba disampaikan jelas — bahawa wanita tidak seharusnya merasa tertekan hanya kerana status belum berkahwin.
Ayat penutup petikan tersebut cukup memberi makna: “Bujang itu bukan satu sumpahan, sebenarnya itulah pakej mewah.” Ia bukan bermaksud menolak institusi perkahwinan, tetapi mengingatkan bahawa fasa solo juga satu nikmat yang wajar dihargai.
Dalam konteks ini, apabila Fazura kongsi quote wanita solo, ia membuka ruang refleksi bahawa membina keluarga yang bahagia bermula dengan individu yang sejahtera. Seseorang yang mengenali diri, stabil emosinya dan berdikari lebih bersedia memikul tanggungjawab besar sebuah perkahwinan.
Menariknya, Fazura hanya menyertakan emoji mahkota berwarna kuning sebagai kapsyen. Simbol itu dilihat membawa mesej bahawa setiap wanita mempunyai nilai diri yang tinggi dan wajar dihormati.
Status bujang bukan alasan untuk merendahkan maruah atau mempersoalkan kebahagiaan seseorang. Tindakan Fazura kongsi quote wanita solo ini seolah-olah mengangkat martabat wanita agar tidak mudah tunduk kepada tekanan sosial.
Dalam masyarakat kita, perkahwinan sering dianggap penanda aras kejayaan hidup seorang wanita. Namun hakikatnya, kebahagiaan itu subjektif. Ada yang bahagia dalam rumah tangga, ada juga yang menemui ketenangan ketika membina diri sendiri sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
Sebagai figura awam yang berjaya dalam kerjaya dan perniagaan, Fazura sering dilihat membawa mesej memperkasa wanita agar yakin dengan pilihan hidup masing-masing. Apabila Fazura kongsi quote wanita solo, ia bukan sekadar perkongsian biasa, tetapi satu mesej inspirasi yang menyentuh realiti ramai wanita hari ini.
Yang penting adalah kesejahteraan emosi, kestabilan kewangan dan kematangan dalam membuat keputusan. Sama ada bujang atau berumah tangga, setiap wanita berhak dihormati dan tidak wajar ditekan dengan persepsi masyarakat.
Kadangkala, “pakej mewah” itu adalah masa dan ruang untuk memperbaiki diri sebelum memikul amanah sebuah perkahwinan. Dan mungkin itulah mesej sebenar di sebalik tindakan Fazura yang sederhana tetapi penuh makna ini.
“Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan.”
Demikian luahan Sabariah Hussein, atau terkenal dengan panggilan Sister Sabria, yang kisah kerja amalnya di Montreal, Kanada, tular di media sosial sebelum ini. Sabariah Hussein, anak Malaysia kelahiran Johor, terkenal dan disenangi rakyat Kanada khususnya di Montreal. Mereka menggelarnya ‘Muslim Mother Teressa’.
Setiap hari Sabariah akan memberi makan kepada 400-500 insan-insan yang memerlukan. Dia juga mengendalikan rumah perlindungan wanita yang dikenali sebagai “Rumah Kedua Kita” (Our Second Home) di rumahnya sendiri. Hebat anak Malaysia ini. Bekas guru pendidikan khas di Montreal Kanada ini mengakui sifat kasih sayang dan empati sudah sebati dalam dirinya. Dia memulakan kerja amalnya di Kanada dengan mengagihkan karipap dalam kuantiti yang kecil kepada masjid berdekatan rumahnya.
Langkah kecil itu telah membuka matanya apabila dia melihat ramai orang yang memerlukan makanan. Ketika itu, Sabariah bukanlah seorang jutawan. Bukan orang terkenal. Dia hanya seorang guru pendidikan khas yang berjiwa besar.
Masak bersendirian
Dari dapur kecil di rumahnya, berbekalkan kemahiran memasak yang ada, dia mula memasak bersendirian. Kemudian dia akan mengagihkan sendiri kepada mereka yang memerlukan. Sungguh luar biasa kesungguhan insan ini membantu orang yang langsung tak punya sebarang ikatan. Sabariah terus menggiatkan usahanya untuk membantu seramai yang boleh. Bayangkan di saat kita sedap menjamu selera, ada insan yang sudah berhari-hari tak menjamah makanan.
Insan-insan ini dijamu dengan air tangan Sabariah. Bayangkan bagaimana perasaan mereka disaat mengunyah makanan yang enak dikala perut sedang kelaparan. Betapa bahagianya mereka ketika itu.
Oleh kerana itu Sabariah disayangi oleh orang sekelilingnya. Sifat mulianya itu telah menjentik hati orang lain tanpa mengira status, agama dan bangsa.
Begitulah rutin Sabariah setiap hari. Tanpa jemu dia menyediakan makanan buat mereka semua. Senyuman mereka menciptakan kebahagiaan dalam hati Sabariah. Keluar berniaga cari dana Pada peringkat awal Sabariah menggunakan keuntungan dari hasil jualan makanan di luar masjid untuk membeli barangan makanan yang hendak dimasak.
Ketelusan dan keluhuran jiwanya terserlah apabila dia keluar berniaga semata-mata mahu mencari dana untuk memastikan tiada insan yang tertidur dalam kelaparan. Betapa mulianya hati insan ini. Ternyata hidupnya adalah untuk kebahagiaan insan-insan lain.
Masak dari hati penuh kasih sayang
Makanan yang disediakan oleh Sabariah juga enak. Dia memasak dari hati dan sesekali tidak memasak dengan hanya sekadar melepaskan batok ditangga. Katanya,
“Saya memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka. Itulah kebahagiaan saya.”
Usahanya itu saban hari mendapat sambutan. Malah kini ratusan sukarelawan pelbagai bangsa membantu Sabariah menyediakan dan mengedarkan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Sabariah adalah insan yang rendah diri. Dia membantu tanpa mengira status, agama dan bangsa. Dia membawa contoh akhlak Islam yang baik di kalangan orang bukan islam.
Golongan Islam & gelandangan Sabariah turut membantu memasak makanan untuk 8 buah masjid dan 2 buah gereja di Montreal buat golongan miskin dan gelandangan di sekitar kawasan tempat tinggal beliau, tanpa mengira agama dan bangsa. “Sebagai seorang yang beragama Islam, kita harus sentiasa berganding bahu supaya dapat mencermin masyarakat Islam adalah dalam kalangan orang yang baik-baik.” “Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan,” demikian luahan Sabariah.
Usaha Sabariah ini juga adalah dakwah yang mencerminkan kebaikan islam. Di kala dunia barat digembar gemburkan dengan Islamophobia, Sabariah tampil menjernihkan ketegangan itu dengan makanan masakannya. Sesungguhnya, jalan dakwah itu luas. Apa yang paling penting adalah tindakan kita. Orang melihat apa yang kita lakukan berbanding apa yang kita perkatakan.
3 hari tidur keletihan
Tindakan Sabariah jelas menunjukkan hasil yang baik terhadap persepsi orang barat terhadap Islam. Kebaikannya itu diiktiraf oleh penduduk setempat apabila dia digelar “Muslim Mother Teressa” oleh penduduk non Muslim. Sabariah juga pernah koma 3 hari selepas dia bertungkus lumus mengutip sumbangan bagi korban tsunami di Indonesia.
Ketika itu dia sangka dirinya tertidur selama 3 hari akibat keletihan. Selepas berjumpa doktor, barulah dia tahu bahawa dirinya diserang stroke ringan dan menurut doktor tempoh tiga hari tidurnya itu adalah koma. Allah, sampai sakit dia bantu orang. Alhamdulillah selepas itu dia kembali sihat dan meneruskan kerja amalnya sehingga kini. Sabariah turut membuka rumah anak yatim di Kota Tinggi, Johor dibawah naungan Sister Sabria Foundation. Terima anugerah
Sabariah telah menerima pelbagai anugerah dari kerajaan Kanada dan Malaysia. Sabariah juga dijemput untuk bertemu Perdana Menteri Kanada sebagai tanda penghargaan terhadap usahanya. Sabariah umpama permata berkilauan yang menyinari kehidupan orang-orang di sekelilingnya. Sabariah sedang berniaga dengan Allah. Pasti dia tak akan pernah rugi. Kini usianya sudah mencecah 73 tahun. Tetapi sedikit pun tidak pernah melonggarkan usaha Sabariah untuk terus membantu orang yang memerlukan. Semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan buat insan ini terus menyumbang dan berdakwah. Pasti anak cucunya bangga punya ibu dan nenek yang hebat begini.
Kita pula bagaimana? Hidup kita untuk apa? Apa sumbangan kita kepada ummah? Adakah kita hanya memikirkan tentang diri semata-mata. Sebab itu hidup kita sentiasa stres dan serabut.
Kegiatan amal Sabariah boleh diikuti di laman Facebook, Sister Sabria Foundation.
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kisah cinta yang lahir daripada keikhlasan dan nilai kekeluargaan sering kali menjadi sesuatu yang dekat di hati masyarakat.Itulah...