‘Asyik Makan Nasi Je’. Sesekali Tukar Menu Makan Malam Dengan Homemade Prosperity Burger. Mudah, Sedap & Mengenyangkan!

Share

Bila dah sampai stau tahap nak pandang nasi pun tak lalu, maka mak-mak perlulah jadi kreatif untuk jamu orang dalam rumah. Ye dak?

Especially bila waktu malam! Lauk siang tadi dah dihabiskan satu keluarga, bila malam mula la masing-masing buat muka sekupang minta makanan lagi!

Dah alang-alang nak masuk dapur masak, sesekali boleh la masak sedap-sedap macam ni, Homemade Prosperity Burger resipi dari Mohd Faiz Fitri Iberahim

. Lagi jimat, boleh makan satu keluarga terus bila buat sendiri. Jom cuba!

Trobek sikit aku buat homemade prosperity. Aku rasa mcm lagi sedap je dari yg ori 🤣.

HOMEMADE PROSPERITY BURGER

Bahan-bahannya :-

Roti gardenia
Daging Ramly
Bawang besar 1/2 potong dadu.
Bawang holland hiris nipis
Tepung gandum 2 sudu
Air 1 gelas
Lada hitam serbuk+tumbuk
Butter 2sb
Sos tiram 2sb
Kicap manis 1sb
garam secukup rasa

Cara-caranya :-

1. mula2 letak butter pada roti n goreng dulu kejap..

2. uli daging ramly n bentuk kan cam bentuk roti(refer gambar)

3. goreng daging dulu(cucuk2 dgn garfu)

Cara-cara buat sos :-

1. panaskan butter 2sb n masukkan tepung gandum.. kacau smpai jd gold..

2. pastu masukkan air 1gelas n kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap n garam.. masak sampai pekat mana korang nak..

3. celupkan daging yg dh goreng tadi.. letak ats roti n letak bawang yg korg hiris tadi..
Siappppp..

Nak jadi sebahagian dari komuniti kami? Jom sertai di keluargagaderclub

IKLAN