Asyik Rebus Je Ubi ‘Purple’, Naik Muak Dah! Tukar Selera Dengan Sweet Potato Steamed Bun, Memang Terbaik!

Share

Selalu kalau naik Cameron Highland, tak sah rasanya kalau tak beli ubi purple ni kan? Kadang tak payah naik sana pun, ada je yang bagi sebagai ole-ole. Paling tidak, kat pasar pun dah ada jual dah ubi purple ni! So tak ada alasan nak teringin beli kena pergi CH dah! Hehe.

Tapi bila dah selalu sangat makan, dah bosan pula asyik rebus, rebus dan rebus! Naik muak pula rasanya! Haa jom ubah sikit buat kelainan, dari makan rebus je, kita jadikan bun! Mesti lagi best kan makan? Jom cuba resipi dari rakan kita ni, Carolyn Tan

!

Homemade Sweet Potato Steamed Bun | Baozi

Bahan-bahan:

🍠 Tepung pau 1 cawan
🍠 Susu segar kurang lemak 1/4 cawan
🍠 Yis 1/2 sudu kecil
🍠 Kentang manis, yam ungu
🍠 Susu sejat 1/2 sudu besar
🍠 Mentega tanpa garam

Cara-cara

1. Bersihkan, potong dan kukus yam ungu sehingga empuk.

2. Hancurkan yam menggunakan garpu. Bahagikan yam kepada 2, untuk doh dan untuk inti. Tidak mau buat inti atau guna inti tausa pun boleh.

3. Campurkan bahan kering dengan susu dan 1 bahagian yam.

4. Gaul dan uli menjadi doh besar yang bulat selama 6 minit. Sapu minyak pada mangkuk besar untuk menyimpan doh. Tutup mangkuk dan biarkan selama 1 jam (bergantung pada suhu bilik).

6.Campurkan 1 bahagian yam dengan susu sejat dan mentega. Gaul sehingga sebati dan sejukkan.

7.Selepas 1 jam, uli doh untuk buang angin dan bahagikan doh kepada 4 bebola doh sama saiz. Kemudian bulatkan, biarkan selama 10 minit.

8.Uli bebola pau untuk buang angin. Leperkan, bahagian tengah doh lebih tebal dari bahagian tepi doh. Letakkan inti pau di atas doh dan kelim.

9.Bahagian doh yang berkelim diletakkan di atas kertas (baking paper) dan susun dalam pengukus. Biarkan doh berinti selama 20-40 minit untuk mengembang.

10.Panaskan kuali berisi air, pada api sederhana sehingga mendidih.

Ketika air mendidih, masukkan pengukus dan kukus selama 15 minit. Selepas 15 minit, tutup api dan buka sedikit penutup kukus (1cm) untuk mengeluarkan udara panas dalam pengukus selama 1 minit.

12.Makan ketika masih panas 😋

 

IKLAN