
Bertuahnya Auni Ikhwan apabila bukan sahaja menemui pasangan hidup, malah dikurniakan seorang ibu mentua yang cukup penyayang. Meskipun belum sampai dua bulan bergelar menantu kepada Rozita Che Wan, Auni nampaknya sudah dilayan seperti anak sendiri.
Terbaharu, aktres yang mesra disapa Che Ta itu mencuri perhatian apabila meraikan ulang tahun kelahiran menantunya dalam sebuah majlis yang cukup meriah.
Memilih tema polka dot, Che Ta dan Auni tampil anggun mengenakan busana kaftan daripada jenama milik aktres berkenaan.
Auni kelihatan manis menyarung kaftan hitam bercorak polka dot putih lengkap dengan selendang hitam. Che Ta pula memilih kaftan merah jambu dan tampil sedondon bersama suaminya, Zain Saidin.
Lebih manis, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menitipkan ucapan penuh kasih dan doa buat menantu tersayang.
“Happy birthday to my beautiful Auni. Semoga sentiasa bahagia, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan. Love you always!”
Ucapan tersebut cukup menggambarkan keakraban hubungan mereka. Biarpun baru sahaja menjadi sebahagian daripada keluarga, Auni Ikhwan jelas mendapat tempat istimewa di hati Che Ta.
Memang seronok melihat hubungan mentua dan menantu sebegini. Tiada rasa kekok, sebaliknya penuh dengan kasih sayang dan penerimaan seperti ibu dengan anak sendiri.
Untuk rekod, Auni sah bergelar isteri kepada anak lelaki sulung Che Ta, Ammar Effendy Azuar Effendy, pada 26 Jun lalu.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di GlamHall dengan Auni dan Ammar dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ikhwan Hashim, pada jam 8.41 malam.
Dalam majlis berkenaan, Ammar menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 selain wang hantaran dalam bentuk jongkong emas.
Majlis resepsi mereka kemudiannya berlangsung di sebuah hotel ternama di Shah Alam dengan konsep Garden Wedding.
Lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan rapat serta rakan artis Che Ta hadir memeriahkan majlis perkahwinan tersebut.
Selepas melangkah ke alam rumah tangga, Auni Ikhwan bukan sahaja memulakan kehidupan baharu bersama Ammar, malah turut membina hubungan dengan keluarga suaminya.
Melihat kemesraan yang ditunjukkan Che Ta terhadap Auni, hubungan antara kedua-duanya nampaknya semakin rapat meskipun Auni masih baharu bergelar menantu.
Cara Che Ta menerima dan menyantuni Auni memperlihatkan bahawa status ‘menantu’ tidak menjadi penghalang untuk seseorang itu disayangi seperti anak sendiri.
Lebih-lebih lagi apabila Che Ta sendiri tidak keberatan meraikan hari istimewa menantunya dan menitipkan ucapan yang penuh dengan doa serta kasih sayang.
Bagi seorang menantu yang masih baharu menyesuaikan diri dengan keluarga pasangan, penerimaan sebegini tentunya menjadi sesuatu yang cukup bermakna. Hubungan yang mesra juga dapat mewujudkan suasana kekeluargaan yang lebih harmoni.
Semoga hubungan baik Che Ta dan Auni terus kekal erat, manakala rumah tangga Ammar dan Auni sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT serta dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.
Semoga Auni Ikhwan juga terus bahagia menjalani fasa baharu kehidupannya bersama Ammar serta keluarga yang kini menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya.
BACA SINI : Che Ta Bukan Mak Mentua Cerewet – “Nanti Menantu Takut Nak Balik Rumah Kita”
Sumber : IG Rozitachewan