
Ayah Tak Sangka Sering Tanya Makan Minum, Petanda Tiga Anak ‘Pergi’
Sayu melihat keadaan seorang ayah berkali-kali mengucup tiga orang anak yang menghadap Sang Pencipta secara serentak.
Siapa kita untuk menidakkan setiap apa yang tertulis di Luh Mahfuz takkan berubah kerana luasnya ilmu Allah itu tak terjangkau dengan akal fikiran kita.
Allah berfirman yang bermaksud: “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.” (Surah an-Nisa’: 78)
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Reda dengan pemergian ke dunia abadi buat anak ketiga, lima dan enam dari lapan beradik, kelihatan Mohd Nadzir, 67, dilihat berkali-kali mengucup tiga anak perempuannya, Nurul Syazwani, 33, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, sebaik semua jenazah tiba di Masjid Al Ismaili, Kampung Morak, jam 11 malam tadi, selepas proses bedah siasat selesai dibuat di Hospital Tumpat.
Kira-kira 200 yang hadir mengiringi jenazah tiga beradik itu sebaik tiba dengan menaiki tiga van jenazah dan disolatkan di masjid berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Mohd Nadzir memberitahu bahawa sebelum ini, ketiga-tiga mereka memang sudah baik budi pekerti tapi kebelakangan ini melayannya sangat baik terutama Syazwani dan Fathiah yang sering bertanyakan makan minum.
Katanya, jika meminta mahu makan, mereka segera menyediakannya. Namun dirinya tidak mengesyaki apa-apa sebaliknya apabila berlaku tragedi ini, baru menyedari akan akan perubahan itu.
REDA DENGAN TAKDIR
Mohd Nadzir berkata, masih terbayang di ingatannya mengenai kejadian yang menimpa tiga anaknya itu pagi tadi dan memberitahu tidak pasti mampu atau tidak untuknya melupakan detik itu.
“Luluh hati saya melihat tiga anak dalam keadaan bergelimpangan dalam air dan sebaik bekalan elektrik diputuskan, saya segera menerpa ke arah mereka bertiga sambil gagal menahan air mata meratapi pemergian mereka dengan cara itu.
“Tidak dapat dinafikan naluri sebagai ayah menyebabkan saya sebak mengenangkan takdir ini namun dalam masa yang sama menerimanya dengan reda.
KUCUPAN TERAKHIR BUAT SEORANG AYAH
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Meruntun Jiwa Penyesalan Suami Ini Yang Terlampau Berkira Dengan Isteri. Sehingga Tidak Menyedari Arwah Menghidap Kanser Rahim

Kisah penyesalan suami ini yang terlampau berkira dengan isteri sehingga tidak menyedari arwah menghidap kanser rahim memang menyentuh hati. Hakikatnya selama 15 tahun berkahwin dengan isteri, lelaki ini tidak pernah mengambil tahu mengenai kehendak dan mengabaikan isterinya.
Suami ini tidak pernah menunjukkan kasih sayang sepatutnya terhadap isterinya. Malah setiap kali, isteri mengadu sakit kepadanya, dibalasnya dengan kemaharah dengan menganggap hal yang remeh sahaja tanpa membawa isteri ke hospital untuk rawatan lanjut.
Oleh kerana sikap egostik yang menguasai jiwa, dia mengalami penyesalan seumur hidupnya. Isterinya menggembuskan nafas terakhir ekoran menghidap barah rahim tahap empat. Nasi sudah menjadi bubur.
Penyesalan tiada gunanya. Walaupun perkongsian [pengakuan ini tidak dinyatakan identiti suami ini, namun kisahnya cukup menyentuh jiwa dan banyak pengajarannya buat yang bergelar suami isteri. Apa yang pasti, hargai dan cintailah pasangan anda sepenuh hati waktu masih bersama di sisi. Moga perkongsian ini bermanfaat.
___________________________________________________________________
Pada awal Febuari 2018, salah seorang teman baik saya telah dijemput Ilahi kerana kannser raahim tahap empat. Alhamdulillah arrwah menderita tidak lama. Tiga bulan terlantar sakit sebelum subuh arrwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meniinggalkan seorang putera yang masih kecil bersama dua orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.
Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang kerumah saya bersama sekotak pakaian arrwah. Sebelum arrwah pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukan. Si suami tidak tahu kemana arah untuk disalurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka diamanahkan kepada saya. Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba-tiba si suami bersuara.
“Itu jer yg arrwah ada…” Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata kata si suami itu tadi. “Semalam saya membuka almari arrwah dan hanya ini sahaja yang arrwah ada.15 tahun saya bersama arrwah, lansung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak arrwah isteri. Saya abaikan arrwah sehinggakan arrwah sakit pun saya tidak tahu,” katanya. Ada kekesalan di situ. Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handphone di meja mula berminat dengan cerita suami arrwah kawan saya ini.
BERSANGKA BURUK
“Setiap kali arrwah mengeluh sakit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hospital saya hanya menganggap ianya pekara remeh. Saya mengejek-ejek arrwah dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah-rendahkan arrwah yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan kawan saya bersukan. “Saya juga selalu bersangka buruk bila arwah sakit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun juga dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang-kala sampai naik tangan saya ke kepala dia. Kejamnya saya.
“Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa arrwah ke hospital kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan. Kejamnya saya pada arrwah. “Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya,saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila-bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya,” ujarnya panjang.
“Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan. Kesian anak-anak kau,” suami saya bersuara. “Bila saya pandang anak-anak makin bertambah kekesalan saya bang. Masa arrwah ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak anak berjalan-jalan. Sedangkan saya pantang diajak kawan-kawan, ke langit biru saya boleh terbang.
TIDAK HARGAI
“Bila saya buka handphone arrwah, boleh kira berapa sangat gambar yang diambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak anak. Sedangkan gambar saya bersama kawan-kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya lansung tiada. “Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang, sayu jiwa saya. Siapa antara kawan kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam malam hari.
Siapa yang boleh tolong uruskan anak anak saya ke sekolah seperti arrwah uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur. “Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM50 untuk membeli barang barang kajian sekolah. Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan ditolak.
Selama ini saya bising-bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata arrwah ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat. Baru saya tahu kemana arah duit itu di salurkan. “Hari ini genap sebulan arrwah pergi dan saya kira-kira hampir RM500 ke RM700 belanja sekolah anak-anak dan makan sahaja. Bila tiap kali arrwah minta beli pakaian baru atau barang make up, saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir.
Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yang saya bagi. Barulah saya tahu ianya tidak mencukupi. Baiknya arwah kerana dia patuh. “Saya sering tegur arrwah kerana selekeh jer lansung tidak bergaya seperti isteri kawan-kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang belanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat-alat solek. Saya gagal menjadi suami yang baik,” katanya.
Saya diam tidak dapat berkata-kata lagi. Marah, sedih dan sebagainya berlegar-legar dalam fikiran saya. Setahu saya arrwah ni masa zaman bujang-bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patutlah semenjak dia berkahwin, hilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab, “Malaslah nak makeup-makeup ni, tak ada masa dengan anak-anak lagi. Alaaa yang penting suami sayang…”
JARANG BELI PAKAIAN
“Semalam saya buka almari arrwah, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yang baru, itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain-lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah. Dahulu masa sebelum kawin saya pernah terlihat di dalam beg kecil arrwah ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam-macam lagi makeup yang arrwah ada.
Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang namun makin bertambah. “Masa kali pertama arrwah menjejak kaki ke rumah saya, arrwah bawa tiga beg besar pakaian semuanya cantik-cantik dan hari ini hanya sekotak sahaja yang arrwah ada. Sedangkan keperluan anak anak dan saya mencukupi,” si suami mula menangis.
“Arrwah nak bekerja, saya marah. Saya tanya arrwah tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi. Saya ego dan arrwah pula demi menjaga ego saya daripada tercalar, arrwah mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu.
“Tiap kali arrwah mengeluh sakit-sakit badan saya suruh dia tidur dan makan ubat. Saya suruh anak-anak yang picitkan tetapi saya lupa itu adalah kewajipan saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia. Rindu sangat -sangat. Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu. Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya.
“Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arrwah inginkan tetapi perhatian dan kasih sayang saya. Saya kesal kerana selama ini arrwah menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami.
“Masa saya tahu arrwah sakit masa itu sudah terlambat. Pagi tu dia mengadu perut dia sakit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia semakin menurun, saya terus bawa dia ke hospital. “Masa dalam kereta mulut saya tak henti-henti menyumpah dia dan mengatakan dia menyusahkan saya, nak diet sampai tak makan dan ambil supplement yang bukan-bukan sampai sakit macam ni. Masa tu saya sangat marah pada arrwah sampai saya terlepas kata;
“Asyik sakit jer tapi tak mampus-mampus jugak.” “Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjal-nunjal kepala dia, saya terpaksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak-anak di rumah. “Tiga hari arrwah warded. Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengah hari sahaja bawa anak-anak datang melepas rindu. Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah.
“Bila doktor mengesahkan isteri saya mengidap kannser raahim tahap 4, semuanya dah terlambat kerana ianya telah merebak sepenuhnya,” katanya. Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang dihidangkan langsung tidak berusik. Suami saya merenung tajam ke arah muka suami arrwah kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.
“Sewaktu dia sakit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan-jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu-dulu dia lesu tak bermaya. Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai menderita. “Tiap kali dia sakit, saya ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia sakit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meniinggal.
Allahu, rupanya arrwah terasa dengan kata-kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh dosa saya pada arrwah. “Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir. Sumpah demi Tuhan saya sayangkan arrwah cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia. Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya. “Sekarang satu-satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin.” katanya.
Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukanlah untuk membuka pekung di dada, tetapi dia ingin kongsi bersama kisah dia dan isteri ‘pinjaman’ sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman. Hargailah.
Sumber: ekisah.com
Elak Pintu Rumah Dipecah Perompak, Jom Latih Anak Buat Cara Kreatif Ni!

Memastikan pintu masuk utama rumah kita sentiasa dalam keadaan baik adalah menjadi kewajipan semua. Kita sebagai ketua keluarga haruslah bertindak melindungi anak-anak dan isteri daripada sebarang anasir tidak sihat.
Soal keselamatan rumah antara yang perlu diberikan lebih perhatian. Pintu rumah, tidak kiralah mana-mana pintu rumah kita harus dilengkapkan dengan kunci yang benar-benar kuat bagi menyulitkan sebarang proses untuk membukanya, jika terjadi sebarang perkara yang tak diingini.
Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison–Realtor telah berkongsi satu tips yang dipesan bapanya.
Tip ini cukup berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman kita. Jadi jom ikut cara yang dilakukan oleh wanita ini agar rumah kita lebih selamat.
Berikut adalah perkongsian beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
“Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah datang ke rumah dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.
Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan. Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja. Ini bagi membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali.
Apa yang ayah saya buat adalah dengan menggantikan skru itu dengan skru panjang, 4 inci bingkai pintu rumah. Jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.

Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan
bunyi bising sebagai ‘alarm’ kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.”
Jadi jom cari skru yang lebih panjang dan tukarkan skru pintu kita. Mahu lebih selamat lagi, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh wanita ini.
Walaupun usaha ini nampak mudah dan ringkas tetapi ia sangat membantu keselamatan kita dan keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Harrison
“Kenangan Takkan Ibu Lupa, Rezeki Anakanda.” Siti Nurhaliza Kongsi Majlis Tahnik Anak, Bertuahnya Dapat Doa Dari Ustaz Hebat!

Genap seminggu melahirkan, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza semalam telah mengadakan majlis tahnik dan maulud anakanda keduanya.
Perkongsian tersebut dimuat naik penyanyi nombor satu negara ini menerusi laman facebook dan instagramnya.
Di dalam majlis tersebut, anak lelaki Siti yang diberi nama Muhammad Afwa ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia.
Untungnya adik Siti Aafiyah ini kerana mendapat doa-doa dari ustaz-ustaz yang hebat.
“Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi erti yang besar buat kami sekeluarga.
“Alhamdulillah, rezeki anaknda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia. @drzulkifli.albakri @ustazdondaniyal @uaioriginal @ustaziqbalzain.
“Terima kasih di atas sekian banyaknya doa yang telah kami dan anakanda kami terima daripada orang ramai, tidak ada lafaz terindah pada bulan penuh keberkatan ini, selain saya berharap agar Allah selalu mengikat hati kita semua dalam kebaikan bersilaturahim, meningkatkan amal kebajikan dan memperbanyakkan lagi amalan.
Terima kasih kepada kaum keluarga terdekat yang menyantuni majlis sederhana buat anakanda Muhammad Afwa semalam.
Sumber: ctdk
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club