Ayam Goreng Thai, Dari Menggoreng Dah Terbau Aromanya & Bila Dimakan Terasa Ramuannya!

Share

Ayam goreng bolehlah dianggap sebagai menu paling mudah dan menyelerakan untuk dihidang semasa berbuka puasa. Pun begitu, jika anda ingin mengubah selera selain ayam digoreng dengan perapan garam dan serbuk kunyit semata-mata, apa kata anda mencuba menyediakan Ayam Goreng Serai Thai ini.

Ketika digoreng, baunya memang ‘menggoda’ rasa begitu semerbak beraroma dan membuatkan tidak sabar untuk dijamah usai digoreng.

Jika tak percaya, cubalah sediakan dan bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan rasanya dijamin enak. Selamat mencuba!

AYAM GORENG SERAI THAI
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar telung jagung
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng


1. Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang². Bila goreng nanti jadi rangup.

2. Tumbuk-tumbuk kasar jew..

3. Ini bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar & lada hitam.

4. Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.

5. Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last skali.

6. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.

7. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan. Sambil-sambil goreng ni baunya harum sungguh.


Tadaa.. dah siap. Nak bagi cantik dan nak tambah kesedapannya taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Bagai pinang dibelah gitew.. selamat mencuba.

Sumber : Khadijah Jaafar 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN