Ayam Gulung Fucuk, Kudapan Mudah Nak Buat, Cicah Dengan Sos Makin Sedap!

Share

Buat yang sedang mencari kudapan yang ringkas dan mudah, boleh cuba resipi yang sedap ini.

Hidangan yang enak dimakan bersama keluarga.

Ikuti resipi ini.

Taugi ayam / ayam gulung .. benda nie klu jumpa org jual kat pasar mlm sllu nya mmg beli bercucuk2 .

Resepi

Fucuk – rendam ngan air biasa dlm 1/2jam

Note : nak tambah isi udang pun boleh ..hancurkan .. lagi sedap

2 mangkuk Isi ayam – kisar halus
1 biji telur
3 sudu penuh tepung ubi
Segenggam cendawan telinga – cincang
Sikit suhoon – rendam & potong kecik2
1/2 batang Carrot – potong dadu kecik2
1/2 bj bwg holland – potong dadu kecik2


3 ulas bwg putih – cincang
Maggie ckup rasa
Gula & garam
Serbuk lada putih

Cara penyediaan:

* Campur semua bahan2 kat atas ..
* Fucuk yg dah rendam td potong.. agak2 lah saiz yg korang suka bila nk gulung nnt . Lap sikit fucuk td
* Gulung mcm dlm gambar tue
* Hujung sapu ngan telur
* Buat sampai habis . Br kukus dlm 15-20 minit


* Sejukkan dulu br potong2 kecil
* Goreng bila nk mkn .. sedap cicah ngan sos thai

Sumber: Ayie Baizura Man

 

IKLAN