Ayam Masak Cola Caramel, Resipi Special Untuk Famili!

Share

Perkongsian resipi istimewa yang dimasak menggunakan minuman cocacola ini menarik juga untuk dicuba. Apa rasanya ye?

Merasainya sendiri, ini resipi untuk dicuba. Jom semak bahan-bahannya.

Hey guys!! Sejak dapat lebih 7k shares hari tuh, saya nak kongsi lagi, resipi masakan ayam yang mudah untuk dimasak kepada keluarga tercinta. Ayam masak Cola Caramel. Sekarang tak payah lagi nak pi restoren Korea makan ayam goreng soy garlic, ini lagik better. Boleh makan banyak-banyak!!

Bahan-bahan :

Ayam
CocaCola
Kicap ABC
Bawang Putih
Cili hijau
Kulit kayu manis
Sos tiram
Lada hitan
Serbuk perasa ayam
Biji goji

Cara memasaknya :

1. Sediakan ayam. Yeszaaa. Saya masih menggunakan bekas untuk buat kek arituh.. hahaha.. Gemar pulak saya guna..


2. Letakkan chopped garlic. Bagus ni untuk kesihatan.

3.Letak kicap ABC


4. Letakkan cili besar dan sos tiram.

5. Letak lada hitam.

6. Letak kulit kayu manis, ia membuatkan masakan ayam berbai wangi.

7. Selepas itu, masukan cocacola. Letak sehingga auam tenggelam. Saya guna 3/4 dan selebihnya saya minum.

8. Kemudian gaul semua bahan dan kemudian kukus ayam selama 30 minit.

9. Setelah 30 minit masukkan perencah serbuk ayam.


10. Masukkan biji goji dan kemudian pindahkan ayam di atas api. Masak selamaa 15-30 minit. Air coca cola akan memekat.

11. Tadaaa..siap.

sumber : Gjoy San

IKLAN