
Sesungguhnya janji Allah itu PASTI, Allah bagi rezeki pada waktu yang tepat dan dikehendakiNya.
Hanya Dia yang tahu bila waktu yang terbaik untuk hambanya, Semua yang tertulis bukan di tangan manusia. Itulah ganjarannya kalau kita memilih untuk terus bersabar.
Pasangan ini menanti 10 tahun untuk menimang cahaya mata. Doa dan usaha yang tidak pernah putus-putus akhirnya membuahkan hasil.
Biar diuji dengan masalah kesihatan, namun isteri kesayangan pelakon dan pendakwah Adam Corrie tetap kuat. Kini mereka tidak sabar dan teruja menantikan kehadiran si kecil dalam melengkapi rumah tangga yang dibina.
Dua hari lalu, Adam menerusi akaun Instagram (IG) berkongsi berita bahawa isterinya telah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan. Kandungan yang belum cukup bulan itu bagaimana pun masih dalam pemerhatian doktor.
Hari ini, Adam Corrie menyatakan isterinya tidak jadi dibedah, sebaliknya mendapat pemantauan dari pihak hospital memandangkan dia mempunyai masalah darah tinggi.
Dia juga meminta maaf kerana isterinya tidak dapat membalas mesej atau panggilan daripada sesiapa yang bertanyakan mengenai keadaan dirinya kerana perlu berehat.
Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer utk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital. .
Kalau bidadari sy bersalin smlm, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah.. terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari sy dan Baby Lee ?.
Semoga Fazi kuat dan tabah menghadapi dugaan sebagai bakal ibu. Tak sabar tunggu si kecil ini lahir kan!
Sumber: IG Adam Corrie