“Bahagianya, Rapat Macam Adik-Beradik.Part Last Tu Sporting Betul.” Gelagat Zizie Izette & Madu Raih Perhatian!

Share

Siapa yang tak kenal dengan Datin Zizie Izette. Dia rajin berkongsi perihal aktiviti keluarga dan anak-anak menerusi laman  sosialnya.

Ceria dan tampak begitu mesra Datin Zizie Izette bersama madunya serta suami dalam satu sesi fotografi.

Kemesraan Zizie bersama Dato’ Bung Mokhtar dan madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin jelas terpancar menerusi dua video yang dimuatnaik menerusi dua potong video.

Sebelum ini, jarang sekali dapat melihat mereka bergambar bersama, namun sempena Aidilfitri ini dikongsikan buat tatapan ramai menerusi laman Instagram Zizie.

Menurut Zizie dalam nada bergurau, Dato’ Bung tidak suka isteri yang kurus tetapi suka isteri yang comel-comel seperti mereka.

Fyi, suami kami tak minat yg kurus2, taste dia yg comel2 mcm kami. 😄

Tgk riak wajah @bungmoktar yg kelihatan begitu ceria.

Kaum Adam yg teringin mcm kami jgnlah cemburu ya.

Kalau nak pg menuntut ilmu dgn panglima perang Sabah ni. 😂😂😂

Demikian kapsyen yang dimuatnaik Zizie bersama dua keping video pendek.

Sememangnya keceriaan Di wajah  Dato’ Bung jelas kelihatan apatah lagi diapit oleh isteri-isteri tersayang.

Mesra, manja dan saling melengkapi, itulah antara pujian yang diberikan warganet  setelah melihat kemesraan antara Zizie dan madunya.

Bukan semua orang dapat rezeki sebegini, dan pastinya rezeki Dato’ Bung dikurniakan Allah isteri-isteri yang sporting.

 

 

kapsyen Dari isteri kesayangan Datuk Bung Mokhtar Itu nyata mengundang reaksi ramai. Rata-rata mendoakan pasangan ini terus bahagia. Tak kurang juga yang meminta dikongsikan tip.

 

IKLAN