“Baloh Denga Adik Ipar Dio Kecek Kelate.” Gelagat Azad & Adik Iparnya Buat Netizen Terhibur Dengan Keakraban Mereka.

Share

Selebriti ini memang terkenal dengan gelagatnya yang nampak bersahaja tetapio kelaklar. Ada sahaja taktiknya sama ada mengusik isteri mahupun anak yang membuatkan sesiapa sahaja melihat pasti ketawa kelucuan.

Terbaru, pasangan  Azad Jazmin  dan Eira Syazira sekali lagi menjadi tumpuan apabila si isterinya memuat naik satu video  si suami sedang bergurau dengan adiknya, Shafnida dengan menggunakan loghat Kelantan.

Hal tersebut ditambah pula dengan suara latar Eira yang gelak sakan melihat tingkah laku mereka berdua dan turut menarik netizen bergelak tawa bersama. Malah ada juga yang mengulang-ulang video ini sehinga 2-3 kali dan terhibur melihat keakraban mereka.

@azadsyazirarose baloh denga adik ipar dio @syafnidashuhaimi(kecek kelate) #takdoktokmakninoh,” tulis Eira dikapsyennya.

Rata-rata yang menonton mengakui mereka terhibur dengan gelagat tersebut. tak kurang juga yang gelak kerana tidak dapat menahan rasa lucu mendengar ketawa Eira sendiri.

Sumber: IG eirasyaziraofficial

IKLAN