“Masa Ini Ramai Yang Gelak..” Rupanya Berkesan Balut Kereta Elak Banjir, Wanita Ini Kongsi Pengalaman, Bikin Netizen Kagum!

Share

Siapa sangka, hujan yang tidak berhenti turun sejak 17 Disember lalu telah menyebabkan kejadian banjir di kawasan Lembah Klang. Ramai yang kehilangan tempat tinggal, harta benda musnah.

Dalam pada itu, sudah pastinya banyak kenderaan tidak dapat diselamatkan akibat ditenggelami air. Ketika ini pastinya ramai yang hiba setelah air surut sudah pastinya kenderaan rosak dan berlumpur.

Ekoran banjir yang melanda negara, tinjaun di socmedia mendapati beberapa tip telah dikongsi bagi membalut kereta ketika banjir. Cara berkenaan dikatakan dapat mengelak air memasuki kenderaan. Malah ada juga yang kata ia tidak praktikal.

Sebagaimana perkongsian puan Siti Zulaikha kongsi kisah benar bagaimana kereta ayahnya selamat dari bah banjir. Katanya video yang menjadi viral itu adalah tahun 2014 ketika banjir besar melanda di pantai timur termasuk keluarganya yang di Kemanan Terengganu.

Selanjutnya ikuti perkongsiannya.

 

Disebabkan viral plastik ni jadi kite post sekali lg ye. Video ni video lama tahun 2014..masa ni adik2 saya Mohd Firdaus
Adam Amzan Daniel Amzan kanak2 ribena & kurus kering lagi.. kah kah kahdalam simpanan ada video waktu buka sahaja.. video masa pasang dah hilang dari radar.
yg mana kata “banjir xboleh di ramal jd plastik ni sgt x relevan” mmg betul x boleh di ramal tp utk negeri2 yg biasa banjir diorg mmg sentiasa bersiap sedia bila tiba musim tengkujuh.
ni salah 1 ikhtiar ye..selebihnya Tawakal..

Relevan balut plastik untuk lindungi kereta.

Menjawab persoalan netizen, wanita berkenaan menjelaskan bahawa penggunaan plastik itu amat membantu ketika banjir.

Pengalaman tahun 2013 rumah dinaiki air telah menjadi pengajaran kepada ahli keluarga.

Justeru, berbaloi apabila tahu 2014 hingga sekarang jika banjir melanda, harta benda keluarganya selamat.

Malah cara beliau ini membuatkan netizen kagum. Malah ada yang merancang berbuat demikian untuk persediaan banjir kelak.

Sumber: 

IKLAN