
Bantuan Khas Kewangan 2026: RM500 untuk penjawat awam Gred 15 ke bawah dibayar 13 Mac, pesara terima RM250 pastinya menjadi khabar yang cukup melegakan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Dalam suasana ramai yang sedang merancang perbelanjaan keluarga dan membuat persiapan raya, pengumuman ini hadir tepat pada waktunya.
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di laman Facebook, Bantuan Khas Kewangan 2026 sebanyak RM500 akan dibayar kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Bayaran ini akan dikreditkan pada 13 Mac 2026 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.

Siapa Yang Layak Terima Bantuan Khas Kewangan 2026?
Selain penjawat awam Gred 15 ke bawah, bantuan ini turut melibatkan pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
Dalam masa sama, kerajaan tidak melupakan jasa mereka yang telah bersara. Seramai pesara kerajaan serta veteran juga akan menerima Bantuan Khas Kewangan 2026 sebanyak RM250 seorang, melibatkan kategori berikut:
- Pesara kerajaan
- Veteran berpencen
- Veteran tidak berpencen
Langkah ini jelas mencerminkan penghargaan terhadap khidmat bakti mereka kepada negara, walaupun sudah tidak lagi berada dalam perkhidmatan aktif.

Dikecualikan Cukai, Terima Jumlah Penuh
Apa yang lebih menggembirakan, pemberian Bantuan Khas Kewangan 2026 ini dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini bermakna penerima akan menerima jumlah penuh seperti yang diumumkan tanpa sebarang potongan.
Pemberian Bantuan Khas Kewangan 2026 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu. Inisiatif ini dilihat sebagai usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara, khususnya dalam tempoh peningkatan kos perbelanjaan menjelang musim perayaan.
Manfaat Kepada Keluarga Penjawat Awam
Bagi keluarga penjawat awam, Bantuan Khas Kewangan 2026 ini pastinya memberi sedikit kelegaan. Sama ada untuk membeli pakaian raya anak-anak, menyediakan juadah istimewa di pagi Syawal atau melangsaikan komitmen bulanan, suntikan kewangan ini amat bermakna.
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan seperti ini membantu memastikan persiapan Aidilfitri dapat dilakukan dengan lebih terancang dan sederhana. Ia bukan sahaja menyuntik semangat, malah memberi ruang kepada keluarga untuk menyambut lebaran dengan lebih tenang.

Gunakan Bantuan Secara Berhemah
Apa pun, bijaklah mengurus rezeki yang diterima melalui Bantuan Khas Kewangan 2026 ini. Utamakan keperluan keluarga dan elakkan pembaziran agar Aidilfitri yang bakal disambut nanti lebih tenang, sederhana dan penuh keberkatan bersama insan tersayang.
Perancangan kewangan yang baik akan memastikan bantuan ini benar-benar dimanfaatkan untuk perkara yang memberi impak positif kepada keluarga. Gunakan peluang ini untuk menyusun semula keutamaan perbelanjaan dan elakkan berbelanja secara berlebihan hanya kerana ingin memenuhi kehendak sementara.
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam / BERNAMA
FT Image: BERNAMA / Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di




