“Bapa Mithali Sungguh Dato.” Buat Kerja Dari Rumah Sambil Suap Anak Makan, Datuk Rizalman Buat Netizen Terhibur!

Share

Selebriti yang juga pereka fesyen tersohor ini sering berkongsi cerita yang mencuit hati netizen.

Sikap selambanya membuatkan rata-rata netizen terhibur.

Terbaru, Datuk Rizalman Ibrahim menarik perhatian wargamaya apabila melakukan kerja daripada rumah sambil menyuap anaknya makan.

Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman memuat naik beberapa video kerja daripada rumah (WFH) untuk tatapan umum.

 

WFH cagha melayu (work from home) bukan WTF tauu.

Menerusi perkongsian tersebut, Rizalman bersama dua anak angkatnya, Umar Nail, 18, dan Aali Nail, 8, dilihat menikmati hidangan nasi kacang bersama rendang kelempong.

Apa yang membuatkan ramai tercuit hati bila mana melihat datuk Rizalman tidak kekok dulu bersila di atas lantai yang beralaskan tikar mengkuang.

Sambil menyuap Aali, Datuk dilihat melayan panggilan persidangan bagi membincangkan perihal kerja.

Rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi WFH Rizalman bersama dengan anak-anaknya.

rohanamdin Best nya duk kat tikar mengkuang makan nasi….zaman budak2 kita
nurzalila_razali Laguni la kami pun dato. Wfh, wah😍 bersila dengan makanan sebelah, anak sebelah, buku lah leptop lah..
afzanahmad18 bapa mithali sungguh la dato oii…👍🏼
syazwani.ma Riuh rendah loh….suara sorang jak
zurainizue75 Bersila mkn mlm smbl meeting Dato dok melenting lg adalah…😅😂
surayashamsuri bestnya makan duk ats tikaq mengkuang.
nurulaiziah comeyyy ngat aihh dato beletiaqqq .. makan gaji buta tu xtahan hahaha
letshop2020 Manjanya yg kecik tuh😚

Sumber: rizalman71

IKLAN