Baru Berusia 4 Tahun, Pelumba Basikal Cilik Ini Berjaya Harumkan Nama Malaysia Naik Podium

Share

Siapa sangka, walaupun baru berusia 4 tahun namun kanak-kanak ini telah berjaya mengharumkan nama negara selepas menyertai kejohanan push bike terbesar di Jepun iaitu Runbike Championship Series (RCS).

Ayden Maleeq telah mengharumkan nama negara selama dua hari berturut-turut selepas berjaya menaiki podium. Kejayaan ini membuktikan anak Malaysia juga mampu menduduki podium di kedudukan kedua pada hari kedua kejohanan tersebut berlangsung.

Difahamkan kejohanan disertai bakal cilik terbabit berlangsung pada bulan Januari yang lalu, namun video yang menyaksikan Maleeq menaiki podium kembali tular di media sosial dan rata-rata ramai yang kagum melihat kanak-kanak seusia ini berjaya mengharumkan nama negara.

Rintangan yang dihadapi oleh anak kecil itu bukan biasa-biasa memandangkan dia terpaksa berlumba dalam keadaan suhu mencecah 1 darjah celsius.

“Cuaca di sini cukup mencabar, Maleeq beraksi dalam keadaan suhu sejuk mencecah 1 darjah celcius.

Di entri yang sama, pihak Bike 8 juga mengucapkan tahniah buat Maleeq kerana membawa nama Malaysia untuk terus dikenali di mata dunia terutama melibatkan sukan push bike.

“Hari pertama dia sudah menunjukkan prestasi cemerlang apabil menduduki tangga ketiga.

“Pada hari kedua pula, Maleeq berjaya memperbaiki kedudukannya apabila naik satu tangga berada di tempat kedua.

Semoga kejayaan Maleeq ini menjadi inspirasi buat masyarakat di luar sana.

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN