
Pelakon Hairul Azreen berkongsi caranya dan isteri dalam mendidik anak-anak. Begitupun dia mengakui tidak pernah menggunakan rotan.
Memetik perkongsian daripada mStar Online, pelakon Paskal ini berkata, dua anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah lebih takut dengan dirinya berbanding isteri.
“Sebenarnya anak-anak takut dengan kami berdua terutama mereka takut dengan saya la. Kalau saya tak bagi sesuatu atau baru sebut ‘aaa’ sahaja pun mereka takut dan menangis.
“Tapi nak cakap mengenai parenting ini, masing-masing mempunyai cara tersendiri. Mungkin cara saya pun tak sama dengan ibu bapa lain. Selalunya kalau saya marah, Hanis akan pujuk.
“Sama juga kalau Hanis marah, saya pula akan pujuk. Saya tak pernah rotan mereka tapi pernah la cubit atau saya tegur dengan pandangan, mereka akan diam,” katanya.
Sebelum ini, Hanis memberitahu wajahnya mungkin nampak saja lembut namun sebenarnya dia tegas dalam mendidik dua anaknya.
Kini Berstatus OKU, Zaiton Sameon Luah Syukur Harapkan Ada Sinar Menanti!

Kini Berstatus OKU, Zaiton Sameon Luah Syukur Harapkan Ada Sinar Menanti!
“Alhamdulillah, status OKU ini melayakkan saya untuk mendapat bantuan tersebut.” Demikian luahan rasa daripada penyanyi terkenal era 80-an, Zaiton Sameon yang popular dengan lagu Menaruh Harapan, meluahkan rasa lega apabila dirinya kini diberikan status Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori fizikal dan mengharapkan dengan ini dapat memudahkan dirinya untuk kehidupan di masa akan datang.
Difahamkan juga dengan pemberian status tersebut membolehkan dia layak memohon untuk menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Saya kini menyewa di Ampang dan terikat dengan bayaran RM800 sebulan. Bagaimanapun, saya sering lewat melunaskan bayaran kerana masalah kewangan.
“Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, selain tawaran menyanyi yang semakin berkurangan. Sebelum ini, saya pernah memohon bantuan perumahan PPR, tetapi ditolak atas alasan tiada pendapatan tetap.
“Alhamdulillah, status OKU ini melayakkan saya untuk mendapat bantuan tersebut,” katanya selepas majlis penyerahan kad OKU yang turut dihadiri Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Che Samsu Zuki Che .
Ini sebagai mana memetik laporan akhbar Utusan Malaysia. Difahamkan Zaiton layak menerima status OKU kategori fizikal selepas disahkan mengalami trauma kecederaan otak oleh pihak hospital berikutan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya pada 1990. Anaknya, Azirwan Abu Bakar bagaimanapun, terkorban dalam nahas tersebut.
Penyanyi itu juga memaklumkan, status tersebut memudahkannya untuk menjalani kehidupan yang selama ini serba kekurangan kerana tiada tempat bergantung.
“Saya tidak punya siapa-siapa dan hanya bergantung harap kepada anak angkat, Che Sikah Ismail yang menggalas tanggungjawab menjaga saya.
“Lega dengan pemberian status ini kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang saya tanggung selama ini,” katanya.
Sementara itu, Che Samsu memaklumkan, pemberian status tersebut berdasarkan pengesahan pihak hospital tentang keadaan penyanyi itu selepas pemeriksaan kesihatan dibuat.
“Pihak hospital mengesahkan, Zaiton layak menerima status tersebut selepas pemeriksaan kesihatan ke atasnya dilakukan,” katanya.
Sumber : Utusan Malaysia & Facebook Che Sam
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jangan Beriya Sangat Masa Marah Anak. Deep Perkongsian.

Kawal sikit cara kita lepaskan kemarahan. Jangan ‘overreacted’, risau anak akan terikut-ikut dengan sikap dan tingkah laku kita ketika marah.
Menurut pakar komunikasi, bahasa tubuh kita ni 55 peratus lebih mudah di fahami oleh orang lain berbanding dari perkataan yang keluar dari mulut.
Jadi tak pelik la, apa yang kita nasihat jarang anak nak ikut tapi apa yang kita buat senang senang je dia tiru dan ikut.
Rupanya cara berkomunikasi kita tu perlu di perbaiki.
Cara terbaik bila nak marah ialah dengan PELUKAN.
MasyaAllah kuasa pelukan ni kalau nak tahu bukan sahaja boleh redakan emosi malah ada kuasa ‘menyembuh’ ( Healing Power )
1 – Sebelum nak marah terus peluk anak, gosok belakang dada dia, usap umbun umbun kepala dia, tak sampai 5 minit rasa marah kita tu akan beransur hilang dengan sendiri. Cubalah.
2 – Bukan rasa marah kita je reda, malah rasa takut anak pun akan berkurang. Daripada rasa takut kena marah, terus jadi bertambah sayang pada mak ayah.
3 – Setiap sentuhan kita pada anak walaupun 5 minit dah cukup untuk tingkatkan hormon ‘gembira’ dalam tubuh. Dari nak bergaduh terus dua-dua jadi gembira.
4 – Pelukan juga boleh bina ‘rapport’ kita dengan anak. Rapport ni maksudnya hubungan, dari hati berhubung ke hati anak. Ada rapport ni, baru setiap teguran kita mudah anak nak serap.
5 – Self Esteem anak juga akan meningkat dengan kuasa pelukan dari mak ayah ni tau. Ye la, bila selalu kena peluk dengan mak ayah ‘keyakinan diri’ anak pun jadi meningkat.
6 – Ada masalah stress atau anxiety? Hah, peluk la anak-anak korang setiap hari, comfirm 2 masalah tu akan berkurangan.
7 – Pelukan juga adalah simbol paling besar untuk ‘Love & Support’. Kadang-kadang anak tak tahu yang kita sayang pada mereka, pelukan ni sahaja yang boleh bagitahu mereka. Tingkah laku kita 55 peratus anak akan lebih mudah faham daripada perkataan.
Peluk memeluk ni pun cara mudah kita nak buat Self Care, Self Love dan Self Healing.
Jika marah buat hati anak makin jauh, pelukan pula buat hati anak makin mahu dekat dengan kita.
Makin dekat hati makin tambah sayang, makin tambah sayang maka makin kurang la nak marahnya..
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais
Berlatih jadi ‘penyabar’ dengan pelukan
“Ia ‘Muzik’ Buat Saya Sejak Dari Kecil” – Bacaan Hafazan Remaja Kurang Penglihatan Ini ‘Sentuh’ Hati Orang Ramai

Kekurangan bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya. Itulah yang boleh digambarkan oleh seorang remaja ‘istimewa’ yang merupakan peserta hafazan yang berjaya menghafaz Al-Quran sehingga juzu’10.
Meskipun memiliki kelainan upaya penglihatan namun ianya langsung tidak mematahkan harapan adik Iman atau nama penuhnya Muhd Iman Izzudin bin Jamaluddin, 20, untuk mendedikasikan diri sebagai peserta hafazan Al-Quran..
“Mendengar alunan bacaan al-Quran (melalui cakera padat) sudah seperti peneman saya, ia ‘muzik’ buat saya sejak dari kecil lagi.
“Jiwa saya rasa lebih tenang apabila mendengar ayat al-Quran, ia garis panduan untuk semua umat manusia, termasuk saya walaupun punyai kekurangan,” katanya.
Mengenai pengalamannya menghafaz al-Quran, anak ketiga daripada empat beradik berkata, pada mulanya agak susah untuk menghafal dari satu juzuk ke satu juzuk, tetapi usaha tanpa mengenal putus asa mengatasi semua itu.
“Alhamdulillah, atas semua usaha saya selama ini, kini saya dapat mewakili Sabah dalam hafazan kategori 1 hingga 10 juzuk.
“Saya berdebar kerana ini kali pertama berada di pentas besar MTHQK,” tambahnya.
Sementara itu, bapanya, Jamaludin Kassim, 59, berkata, selain mendengar alunan bacaan al-Quran menggunakan cakera padat dan eBraille, anaknya itu juga mengikuti kelas taranum sejak berusia 15 tahun.
“Iman (nama panggilan Muhammad Iman Izzuddin) belajar al-Quran secara sendiri (mendengar cakera padat) dan apabila ada kelas taranum di Sabah, ketika dia di Tingkatan Tiga, saya masukkan dia ke kelas taranum dan belajar dengan Qari yang pernah mewakili Sabah.
“Sejak usia 11 tahun, dia sudah mengikuti pertandingan di sekolah dan pernah mewakili Sabah, saya harap Iman berjaya dalam impiannya,” katanya.
Meninjau di ruangan komen tiktok MyJakim, rata-rata tersentuh hati dengan bacaan oleh adik Iman. Malah ada yang menganggap bertuah ibu bapanya memiliki anak sepertinya.
Sumber: Harian Metro, MyJakim