
Walaupun kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi masih belum berakhir namun setelah 3 bulan tidak bertemu dengan anak-anak, pelakon ini akhirnya dapat bertemu dengan 2 cahaya matanya itu.
Difahamkan pertemuan itu berlaku di Mata Ayer, Kangar Perlis iaitu kediaman milik mentuanya.
Menerusi perkongsian dari Hafidz, dapat dilihat kerinduan yang memuncak akhirnya terlerai.
“Bismillah. Perjumpaan dengan Humaira & Umar setelah hampir 3 bulan tak berjumpa, bayangkan rindunya seorang abah pada anak-anaknya macam mana? tulisnya.
Dalam pertemuan itu, dapat dilihat Hafidz membawa beberapa hadian seperti barang mainan untuk anak-anaknya.
Semoga segala perkengketaan di antara Hafidz dan isteri dapat diselesaikan dengan baik.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Doktor Ni Kongsi 6 Cara Elak Mulut Berbau Di Bulan Ramadhan.

Masalah mulut berbau perkara biasa yang berlaku pada bulan Ramadhan. Walaupun dudah memberus gigi, namun tetap juga berlaku
Jom baca perkongsian tip dari Doktor ini bagi mengatasi masalah tersebut.
6 CARA ELAK MULUT BERBAU DI BULAN RAMADAN
1. Minum air secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
3. Kurangkan Bercakap
Kurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.
4. Makan karbohidrat secukupnya
Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.
5. Gosok gigi dan bersihkan lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.
6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!
Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Medtweetmy (Medical Tweet Malaysia)
Jemput follow jika ingin dapatkan informasi kesihatan yang sahih!
Elak Pakai Abaya Warna Terang, Sarat Perhiasan Ketika Umrah, Wanita Ini Jelaskan Sebabnya

Sekarang ni pelbagai fesyen dan trend dalam pemakaian jubah atau abaya yang dijual di pasaran. Belum lagi warnanya, pelbagai jenis dijual untuk digayakan oleh si pemakainya mengikut kesesuaian diri.
Namun, dalam bergaya sebegini, wanita perlu mengambil perhatian dalam soal pemilihan pakaian yang sesuai lebih-lebih lagi ketika menunaikan ibadah umrah terutama apabila ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Pilih pakaian yang bukan sahaja menutup aurat tetapi selesa dan memudahkan pergerakan.
Melalui perkongsian pengguna Facebook, Masnira Ramli yang tinggal kini tinggal di Makkah, beliau ada menyentuh tentang pakaian muslimah ketika menunaikan umrah.
Menurut Masnira, tiada masalah untuk muslimah memakai jubah berwarna selain dari warna hitam. Jelas beliau lagi, sejak visa pelancong diperkenalkan, etika berpakaian semakin longgar untuk jemaah dan pelancong.
“Dari segi undang-undang, tidak salah memakai jubah berwarna atau pakaian lain selainnya asalkan ia sopan. cuma menyentuh sudut budaya, amatlah tidak sesuai memakai jubah yang berwarna terang dan rekaan yang sarat sehingga membuatkan banyak mata memandang atau tertarik, terutama apabila menunaikan umrah,” katanya.
Masnira juga ada berkongsi sebab mengapa muslimah perlu mengelakkan daripada memakai abaya atau jubah berwarna terang:
1. Solat di dalam masjid dengan abaya atau jubah yang berwarna terang, rekaan fesyen yang terlalu cantik boleh membuatkan jemaah lain terganggu ibadahnya, apatah lagi orang berlainan jantina. Menarik banyak mata untuk memandang.
2. Kita ulang kaji bab adab-adab wanita untuk ke masjid.
– Keluar dalam keadaan menutup aurat dan berpakaian sopan.
– Tidak bersolek dan memakai bau-bauan.
– Lebih elok dalam keadaan ditemani dengan mahram, suami atau kawan-kawan.
3. Jika anda pergi ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, lebih baik memilih pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, tidak berwarna terang, rekaan abaya atau jubah yang ringkas dan tidak sarat serta kurang hiasannya.
“Saya teringat ada suatu masa saya sedang solat tarawih di masjid berdekatan rumah. Ada seorang wanita menegur saya dengan baik sambil menunjukkan sulaman corak di pergelangan abaya yang saya pakai.
“Katanya abaya itu tidak sesuai dipakai untuk ke masjid. Lebih baik pakai yang kurang atau tiada langsung hiasannya. Sejak itu baru saya perasan wanita tempatan memakai abaya kosong sahaja untuk ke masjid hatta ketika solat hari raya. Pesanan ini untuk diri saya sendiri juga,” jelas Masnira.
Kesimpulannya bersederhana itu lebih baik termasuklah dalam soal berpakaian. Pilihlah warna pakaian yang tidak mengundang dan menarik perhatian untuk dipandang. Tujuan kita ke Tanah Suci untuk beribadah bukannya untuk berhias-hias berlebihan.
Sumber: Masnira Ramli
Cara Guna Fungsi ‘Angin Luar’ & ‘Kitaran Dalam’ Pada Kenderaan Kena Tahu. Ada Sebabnya, Dr Ni Terangkan!

Bila bercakap bab penggunaan kereta, mesti ada sahaja kaum adam merasakan mereka cukup hebat. Kononnya serba serbi tahu berbanding wanita. Betulkah begitu?
Hakikatnya untuk orang perempuan tidak lagi mahu dilabel sebagai ‘hanya tahu bawa’, jadi di sini Keluarga kongsikan panduan atau rahsia di sebalik simbol angin luar dan angin dalam yang dikongsikan oleh Dr Aid Fawzal sebagai info buat semua. Secara tidak langsung meningkatkan lagi ilmu kita berkaitan kenderaan.
Apa yang penting, info ini sangat berguna dan bukan semata untuk kaum wanita. Malah sebenarnya tidak mustahil jika orang lelaki di luar sana pun tidak tahu hal ini.
Simbol ‘angin luar’ atau ‘kitaran dalam’ tersebut sebenarnya perlu ditetapkan mengikut situasi bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api, dengan kata lain ia dapat menjimatkan minyak jika kena gayanya.
Bahkan menurut Dr Aid Fawzal jika kereta tersebut berjemur seharian di bawah terik matahari dan bila kita hidupkan enjin, penggunaan simbul ‘angin luar’ dikatakan dapat membantu mengurangkan haba panas dalam kereta.
Untuk lebih detail, jom baca perkongsian daripadanya.
Nak pakai fungsi ‘angin luar’ atau ‘kitaran dalam’ pada air-con ni?
Jawapan:
Gunakan fungsi ‘angin luar’ apabila mula masuk kereta yang telah berjemur panas. Ini kerana angin dalam kereta lebih panas drp angin luar. Fungsi ni akan bantu turunkan suhu dalaman kereta dengan gantikan dengan angin baru.
Bila dah kabin kereta dah mula sejuk, tukarkan ke fungsi ‘kitaran dalam’. Ini akan bantu sistem air-con anda berfungsi dengan lebih baik kerana hanya perlu menyejukkan angin yang separa sejuk berbanding angin luar yang panas. Secara langsung dapat mengurangkan pengguna bahan api.
Akan tetapi, fungsi ‘kitaran dalam’ akan buatkan pengumpulan wap air drp pernafasan kita. Sebab tu cermin akan berkabus/berwap jika anda memandu di kawasan sejuk, pergunungan, kampung² atau sebelah pagi,
Tukarkan ke fungsi ‘angin luar’ untuk hilangkan kabus pada cermin depan.
——
Pening, tak tau nak pilih yang mana??
Sahabat saya, Jamadin Hayat (founder & chief mechanics di Ztechnica Automobile) mencadangkan korang guna fungsi ‘auto’ (automatic) pada sistem air-con korang jika ada.
Sistem auto pada air-con ni akan pilihkan fungsi yg mana paling sesuai.
Pada model² BMW, sistem auto air-con ni bergantung bacaan kepada AUC sensor.
AUC = Automatische-Umluft-Control (Kawalan peredaran semula udara automatik).
Jenama kereta² lain juga ada dengan nama sensor yang agak berlainan. Sensor² ini akan pantau kualiti udara & tahap kelembapan kabin.
Gunakan fungsi auto pada air-con korang kalau ada.
Sumber : Dr Aid Fawzal
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.