Beban Tersirat Di Bahu Anak Sulung, Hanya Yang Melalui Akan Faham

Share

Ramai yang lahir sebagai anak sulung akan faham betapa beratnya harapan yang diletakkan di bahu mereka. Sejak kecil, mereka sering dijadikan contoh kepada adik-adik. Seringkali juga ibu ayah meminta untuk anak sulung untuk sentiasa mengalah dan dahulukan adik beradik yang lain.

Nampak seperti permintaan biasa, tapi hakikatnya ia adalah beban psikologi yang tidak semua mampu pikul. Persoalannya, perlu ke tanggungjawab mendidik adik-adik semuanya diletakkan pada bahu seorang anak yang masih mencari identiti diri sendiri?

Mengalah, Lagi dan Lagi

Saban kali ada pertelingkahan, siapa yang disuruh beralah? Anak sulung. Impian nak main lebih lama, kena serah pada adik. Keinginan nak beli sesuatu, terpaksa ditangguhkan demi memberi ruang pada adik yang lebih kecil. Lama-kelamaan, anak sulung belajar untuk mengetepikan hati sendiri tapi sampai bila harus mereka menelan perasaan, semata-mata kerana gelaran ‘abang’ atau ‘kakak’?

Bukti Kajian: Anak Sulung Lebih Tertekan

Kajian psikologi keluarga yang diterbitkan dalam Journal of Individual Psychology menunjukkan anak sulung cenderung memikul tanggungjawab lebih besar berbanding adik-beradik lain, dan ini meletakkan mereka pada risiko lebih tinggi untuk mengalami tekanan emosi serta rasa “perfectionist” yang memenatkan diri sendiri.

Mereka sering diasuh untuk jadi pelindung, bukan penerima. Lebih membimbangkan, kajian Universiti Leipzig, Jerman pula mendapati anak sulung biasanya mempunyai tahap kebimbangan lebih tinggi kerana selalu dibebankan dengan jangkaan yang melampau.

Jadi, perasaan terhimpit, letih, malah kadangkala memberontak yang dirasakan oleh anak sulung itu bukan sekadar permainan emosi mereka tetapi ada kajian yang menunjukkan layanan berat sebelah ibu ayah membuatkan mereka merasa tersisih.

Anak Sulung Bukan Pengganti Ibu Ayah

Di balik wajah yang nampak tenang, ramai anak sulung sebenarnya memendam luka. Mereka bukanlah ibu bapa kedua, mereka hanyalah seorang anak yang juga ingin dimanjakan. Malangnya, masyarakat sudah terbiasa menjadikan mereka tonggak utama. Bila berjaya, semua memuji.

Apabila  tersalah langkah, mereka pula yang paling dikecam. Di mana keadilan untuk anak sulung yang selalu dipaksa matang sebelum waktunya?

Luka yang Tak Terucap

Pengorbanan anak sulung jarang dihargai kerana ia dianggap “sudah tanggungjawab”. Sedangkan dalam hati mereka, ada luka yang tak pernah sembuh, ada tangisan yang tak pernah didengar. Betapa ramainya anak sulung yang sebenarnya sunyi, tapi tetap berdiri gagah kerana tahu keluarga memerlukan mereka.

Ironinya, siapa pula yang benar-benar memerlukan mereka untuk menjadi diri sendiri?

Kisah Realiti yang Dihidupkan di Layar

Inilah rasa yang cuba dibawa dalam drama penuh emosi Rumah Tanpa Luka arahan Nur Ain Sharif. Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Erysha Emyra, Nadhir Nasar, Naura Arissa, Ziela Jalil, Raja Azmi, Zaefrul Nordin, Hafreez Adam, Yuna Rahim, Aziz M. Osman, Rasya Sofea, Hanan Adraa dan ramai lagi, drama ini menyelami kisah kasih sayang dan pengorbanan yang sering tidak dipedulikan.

Mengisahkan Kalsom, gadis yang rela mengorbankan segalanya demi adiknya Rose Ameena yang lahir dengan Down Syndrome, penonton dibawa menyaksikan bagaimana cinta dan luka boleh wujud serentak dalam satu rumah.

Namun dalam kepayahan, hadir Qiuzi yang membawa harapan baharu. Persoalannya, mampukah Kalsom dan Rose menemui bahagia setelah segala derita yang menimpa? Jangan lepaskan peluang menyaksikan Rumah Tanpa Luka, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim di sooka.

Ia bukan sekadar drama, tetapi cermin realiti tentang luka yang diwarisi, pengorbanan yang jarang dihargai, dan harapan yang tetap ada walau hidup penuh ujian.

Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One, kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan. Berbaloi-baloi!

Tonton trailer menarik ini: