Bebola Isi Ikan Tenggiri, Fresh & Enak. Wanita Ni Tunjuk Cara Buat, Terbukti Tak Susah Pun!

Share

Bebola ikan kalau dimasak sup dan dicampurkan bersama sayur-sayuran terpilih yang menjadi kegemeran keluarga, nyata sudah cukup memberikan menu yang ringkas dan berkhasiat untuk santapan keluarga. Begitu juga bila bebola ikan ini dijadikan perencah di dalam masakan bihun goreng atau mee goreng, nyata bertambah enak rasa hidangan yang dimasak.

Apatah lagi andai bebola ikan tersebut disediakan sendiri dengan menggunakan isi ikan tenggiri yang segar, pasti keaslian rasa ikan dapat dinikmati sepenuhnya dalam setiap masakan yang dimasak. Malah tiada ada lagi keraguan timbul berkaitan status halal, mahupun tahap kebersihan bebola ikan yang dimakan.

Untuk itu, jom ketahui cara membuatnya sebagaimana yang dikongsikan di akaun Parmiati Binti Suyudi.    

Resepi Bebola Ikan. Bersih, halal, lembut. Gebu, sedap,100% Homemade
..meh Ramai ramai buat sendiri..

Sedap ratah macam tu pun sedap.. Kalau suka boleh letak inti ketam, sotong. Ikan salmon dan cheese.. Goreng dan cicah dengan sos. Buat sup pun boleh. Goreng mee pun boleh semua boleh.

Bahan Bahan yang Diperlukan
2 kg Ikan tengiri, buang tulang dan kulit ambil isinya.
1 Cawan ice
Bahan A
1 Cawan Tepung Gandum Faiza 
1/3 sudu teh Baking powder
2 sudu teh garam
2 sudu Makan Gula kastor
2 sudu Makan lada sulah
1 sudu Makan lada hitam
Tapis semua bahan di atas dalam satu bekas.

2 sudu makan minyak bijan, kalau takde boleh letak Minyak masak biasa
1 biji telur dipukul
1 cawan air sejuk

Step 1 : Rebus Air dlm periuk

Step 2 : Kisar isi ikan dengan ice. Sedikit demi sedikit hingga habis.

Step 3 : Dah habis kisar semua, ikan letak dalam satu mangkuk. Masukkan telur dan minyak bijan. Kacau sebati. Saya guna hand mixer sebab nak cepat. Kalau takde boleh guna senduk.

Step 4

: Masukkan air sejuk tadi dan kacau lagi.

Step 5 : Masukkan semua bahan tapis kacau sebati dan gebu.

Step 6 : Tangan Bungkus dengan plastic ke apa apa yg patut. Ambik sedikit

Step 7 : Tekan keluar macam ni.

Step 8 : Ambik sudu, congkel sama dia kohkohkoh . Masukkan dalam periuk rebusan air tadi. Rebus hingga bebola ikan timbul atau hingga masak .

 

Sumber : Parmiati Binti Suyudi

IKLAN