Begini Cara Buat Pepper Spray Guna Cili Padi Yang Cukup Mudah & Murah. Wajib Ada Dalam Beg Semua Wanita Ni!

Share

Wanita kena alert bab-bab keselamatan diri terutama apabila berjalan atau keluar sendirian. Apatah lagi sekarang ini  banyak kes yang melibatkan kaum wanita seperti gangguan seksual, rompak,s amun rogol dans ebagainya.

Justeru, kaum wanita kena ada  ‘persediaan’ tidak kira sama ada belajar ilmu pertahankan diri seperti taekwando atau anda juga boleh bawa barang seperti pepper spray

untuk digunakan ketika kecemasan.

Untuk memudahkan anda, jom kita belajar buat sendiri pepper spray di rumah dengan menggunakan cili padi. Cepat, mudah dan paling penting menjimatkan!

DIY PEPPER SPRAY

1. Pertama sekali, apa yang anda perlukan adalah botol spray. Boleh didapatkan di kedai serbaneka dalam pelbagai saiz. Tapi, kalau nak mudah, beli sahaja saiz botol yang anda mudah letakkan dalam beg.

2. Bahan kedua adalah cili api.

3. Potong cili padi menjadi kecil supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Agak-agak hampir penuh juga botol tersebut dengan cili padi.

5. Akhir sekali adalah masukkan air ke dalam botol dan goncangkan sekuat hati. Kalau anda nak tahu berkesan atau tidak, anda boleh cuba spray di permukaan plastik dan bau. Memang boleh pedih hidung!

*Senang je dah siap. Kalau ada orang kacau, boleh terus spray!

Sumber : Mary Ferjel & Sirap Limau

IKLAN