Begini Cara Tanam Tomato Guna Biji Dalam Pasu Berbuah Lebat Dan Subur.

Share

Tomato adalah termasuk dalam kategori buah-buahan secara genetiknya tetapi seringkali disediakan dan dihidangkan sebagai sayur-sayuran.

Khasiat tidak dapat dinafikan bahawa tomato sememangnya mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Selanjutnya ikuti cara menanam pokok tomato dalam pasu dengan subur dan berbuah lebat.

 

Tomato merupakan sejenis tumbuhan yang mudah ditanam dan cepat berbuah, ia adalah tanaman yang berbuah hanya semusim. Buah tomato boleh di beli di mana-mana pasaraya dengan harga yang murah.

Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu, tomato mengandungi likopena yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.

Kandungan air yang tinggi lebih dari 90 % pada buah tomato menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang amat baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan kita ketika berdiet.

Belah buah tomato kecil-kecil seperti gambar diatas
Letakkan sabut kelapa di bawah pasu atau tapak semaian untuk memudahkan air mengalir
Letakkan tanah kompos yang dicampur dengan sekam padi dan peatmoss
Letakkan hirisan tomato tadi keatas tanah
Timbus dengan tanah yang sama kemudian siram setiap hari
Selepas 15 hari, benih tomato dah mula bercambah
Pindahkan di pasu dan siram setiap hari, letakkan baja subur dan baja buah apabila pokok mula mengeluarkan bunga. Nak tanam terus di tanah pun boleh selain di pasu.

Korang kenalah rajin makan tomato kalau nak elak penyakit kanser ye…nak tanam pun tak susah, ikut je cara kat bawah ni. Korang tak perlu lagi beli kat pasar, jimat dan selamat duit poket korang!

Selamat mencuba kaedah ini.

Sumber: myinfoberita.blogspot.com  via  Home & Garden

IKLAN