Bekukan Minyak Masak Sebelum Dibuang Ke Tong Sampah! Memang Terbaik Cara Ni!

Share

Penggunaan minyak masak yang berkualiti akan menghasilkan makanan yang menarik, rangup dan memberikan rasa yang sedap. Itu kita semua sudah maklum. Pun begitu jika minyak masak digunakan berulang kali bukan sahaja menjadikan masakan yang dimasak berwarna hitam dan mempunyai rasa yang tidak enak, malah ianya juga boleh membahayakan kesihatan.

Lalu kebiasaannya, ada yang menggunakan sekali atau paling tidak dua kali minyak masak sebelum minyak masak tersebut dibuang. Namun persoalannya bagaimana cara terbaik mengurus minyak masak tersebut?

Andai dibuang ke dalam sinki, pasti akhirnya mendatangkan masalah seperti tersumbat dan akhirnya memerlukan belanja yang besar untuk memperbaikinya.

Sebenarnya, tahukah anda ada satu bahan yang boleh dibeli dipasaran yang bertindak membekukan minyak masak tersebut untuk memudahkan anda menggendalikan minyak masak yang telah digunakan itu.

Nak tahu caranya bagaimana? Jom semak perkongsian daripada puan Noor Hafiza Mohamad ini.


Ini salah satu cara buang minyak masak yang dah jadi hitam legam.

Jom bekukan minyak masak sebelum buang ke tong sampah. Buang minyak ke sinki boleh menyebabkan sinki tersumbat. Stress jadinya bila sinki tersumbat. Tak pasal-pasal kena upah tukang paip baiki sinki tersumbat.

Cara-caranya:

1. Beli “hardener” @ pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).

 

2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardener

3. Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.

4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah.

Selain cara ini ada juga antara ibu-ibu lebih selesa dengan memasukkan lebihan minyak tersebut ke dalam botol sebelum dibuang. Ini sebagaimana yang dikongsi di ruangan komen posting di akaun fb Noor Hafiza ini.

 

sumber : Noor Hafiza Mohamad

IKLAN