Beli Jiwa Suami Supaya Makin Kuat Kasih Sayang

Share

Kepada anda yang sudah berkahwin pasti akan melalui detik-detik bahagia bersama suami dan anak-anak. Tetapi, ada juga fasa pertelingkahan mungkin atas sebab-sebab tertentu. Kadang-kadang kita tidak tahu pun punca pergaduhan kerana suami secara tiba-tiba tidak mahu bercakap dengan kita.

Tahukah anda, tidak semua perkara yang kita lakukan disukai oleh suami. Tanpa anda sedari, apabila suami pulang daripada kerja, kita terus mengadu masalah anak atau meluahkan tentang ketidakpuasan hati. Suami yang kepenatan bekerja terus tiada mood bila mendengar luahan anda! Ternyata kelakuan kita ini tidak disukai suami. Yela, kepulangan mereka disambut dengan seribu satu masalah. Mungkin perkara ini yang menyebabkan segelintir suami tidak terus pulang ke rumah selepas kerja. Pernah tak anda lalui situasi ini?

Jadi, sebelum suami bosan dengan perangai isteri lebih baik kita cepat berubah dan bertindak! Biar suami sentiasa rindukan isteri dan mahu cepat pulang ke rumah. Tapi bagaimana caranya ya? Jangan risau kami senaraikan 7 tips ini yang boleh anda lakukan.

1. Sambut kepulangan suami dengan senyuman. Barulah sejuk hati suami! Kalau sambut suami dengan muka yang masam pasti akan mengubah moodmereka menjadi lebih teruk!

2. Pastikan anda sentiasa rapi dan wangi. Haruman wangi dan penampilan yang rapi menjadi terapi buat suami. Biarkan dia sentiasa nampak kita hot!

3. Anda perlu mengambil barang pada tangan suami seperti beg galasnya atau barang yang dibelinya. Apabila anda buat sebegitu, suami akan merasakan anda menghargainya.

4. Apabila suami pulang daripada bekerja, buatkan air kegemarannya. Suami yang baru pulang biasanya akan keletihan apabila dia minum air yang anda buatkan pasti akan kurang sedikit kepenatannya.

5. Anda juga perlu berbual-bual perkara yang santai dengan suami. Contohnya, bertanyakan tentang keadaannya di tempat kerja dan bagaimanan hari yang dilalui pada hari itu. Biar suami tahu bahawa anda peka terhadap kehidupannya setiap hari.

IKLAN