Saat kita dilahirkan, ibu dan ayah merupakan orang pertama yang bergembira dengan kelahiran kita.
Ibu tersenyum bahagia walau sakit dan luka masih dideritainya. Wajah ayah berseri-seri mengkhabarkan kepada keluarga dan sanak-saudara tentang kegembiraannya.
Semua orang tumpang gembira dengan rezeki berharga yang melimpah dalam hidupnya berupa seorang anak.
Anak pula ditatang bagaikan minyak penuh. Sanggup berkerja tanpa lelah untuk membesarkan anak-anak.
Malah jika anak melakukan kesalahan, ibu ayah tetap berwajah tenang biarpuan jauh di sudut hati kecewa dengan sikap anak.
Bagaikan air yang dicincang tak akan putus, anak tetap anak, ibu ayah sentiasa memberikan sokongan agar anak berubah menjadi insan yang lebih baik untuk masa depan yang gemilang.
Begitulah situasi meruntun hati buat kisah yang dipaparkan oleh aktivis terkenal Syed Azmi menerusi perkongsiannya di laman Facebook sering bercerita mengenai kisah rakyat Malaysia yang cukup menyayat hati dan serba kekurangan. Kali ini beliau memaparkan kisah ibu bapa yang sanggup berkorban demi anak.
Kehidupan sederhana dengan pendapatan kecil, membuatkan ayah ini berjimat cermat untuk melawat anak menghadiri perbicaraan di mahkamah.
Lebih sebak, apabila datang dari jauh dengan berbekalkan dengan sosej sahaja. Katanya makanan ini amat menjimatkan!
Setiap hari ibu bapa mengacah kita dengan mesra dan manja, usikan dan perhatian mereka amat bermakna dan menggembirakan kita saat itu.
Mereka menggembirakan lagi kita dengan mengajar berjalan, membelikan pakaian dan permainan baru serta membeli pelbagai barang yang kita inginkan.
Ujar Syed Azmi lelaki berkenaan datang ke mahkamah bagi berjumpa dengan anaknya yang dipercayai akan dijatuhkan hukuman berikutan salah laku. Namun, apa yang menyedihkan, apabila lelaki itu menceritakan bekalan yang dibawanya dan terpaksa menaiki bas untuk sampai ke destinasi berkenaan.
Ayah ni datang dari jauh. Sampai pagi tadi dan terus ke Mahkamah untuk berjumpa anaknya yang akan di perintahkan untuk masuk institusi JKM atas salah laku.
Dia bawa bag yang besar. Tapi malam ni balik dah.
Jadi saya tanya bag ni isi apa ni?
Dia pun bukak. Semalam dia naik bas dalam jam 10 malam. Isterinya sediakan satu bekas sosej goreng untuk makan atas bas sewaktu sahur dan lebih tu untuk berbuka puasa malam ni!! Suka dia cerita beli sosej ni murah aje. Ada slipper, tuala, 2 kotak air kordial Dlite nak buat minum. Dan ada 2 pek besar makanan ringan nak passkan kat anak dia.
Latarbelakang sikit:
Kerja sebagai pengering ikan bilis dengan upah RM15 sehari. 4 anak yang masyaAllah tak pernah ponteng sekolah. 2 daripadanya OKU. Memberi sumbangan membeli keperluan meraikan hari raya kepada keluarga berkenaan.
Sumber: Syed Azmi