Bella Dan Keluarga Terkena Sihir, Mimpi Ular

Sebut saja nama Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz pasti ramai mengenali pasangan bahagia ini.

Namun baru-baru ini, pasangan ini diduga dalam rumah tangganya apabila berdepan dengan gangguan sihir atau ilmu hitam sehingga menjejaskan kesihatannya dan keluarga.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Siapa sangka, dia dan keluarganya menjadi mangsa kepada gangguan sihir. Merujuk kepada petikan Harian Metro, Bella berkata dia mengambil pendekatan menggunakan kaedah alternatif iaitu berubat secara perubatan Islam selepas mengalami perubahan menjadi seorang pemarah selain berhadapan masalah kesihatan.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Bella Dan Keluarga Terkena Sihir, Mimpi Ular

IKLAN

“Eh bagaimana tahu ni? Saya tak suka nak gembur-gemburkan, sepatutnya saya dan keluarga dah duduk berbincang, biar antara kami saja. Tapi, saya kongsikan untuk kita semua ambil iktibar.

“Saya sendiri takut nak cakap benda ini sebab tak pernah alami. Kalau kalian tengok saya jarang ‘post’ dekat IG (Instagram) sebenarnya saya kurang sihat. Saya pun mula berubat, minta ustazah datang rumah.

“Rasanya baru lagi kita pergi Sabah, tapi ‘last minute’ saya tak dapat pergi ke pentas (buat persembahan), saya dekat hotel sebab sakit, tiba-tiba rasa tak boleh perform, tak ada suara,” katanya.

Bella Dan Keluarga Terkena Sihir, Mimpi Ular

 

Menerusi temu bual bersama Melodi baru-baru ini, isteri kepada juara Gegar Vaganza 8 (GV8), Aliff Aziz ini berkata anak mereka Ara Adreanna turut terkena gangguan itu.

IKLAN

“Yang nombor dua, Ara ada kena, tapi Ayden yang tak ada. Ara macam setiap hari, setiap malam antara jam 2 pagi sampai ke 4 pagi dia akan jerit dan menangis meracau yang tak berhenti. Masalahnya setiap hari, bila pergi doktor tak ada apa.

“Itu yang terfikir nak kena ikhtiar juga. Aliff pula rasa tak boleh nak kerja, rasa lemau dan sakit badan. Cuma, saya pula mimpi ular dan ada mengadu dengan mama.

“Saya tak pernah terfikir sihir ke apa, sampailah rasa tak sihat dan minta ustazah bawa air zam zam dan barulah kita bercerita, dan itu tandanya tak baik. Saya minta berturutan sebanyak empat kali. Mimpi ular besar, ular terputus, terbelah dua, mimpi Ayden pegang ular itu,” katanya.

Bella Dan Keluarga Terkena Sihir, Mimpi Ular

Sementara itu, Bella menegaskan dia tidak akan memaafkan individu yang melakukan perkara terkutuk terhadap dirinya dan keluarga.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019.

IKLAN

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, bagaimanapun rujuk kembali ketika dalam tempoh edah.

Sumber: Harian Metro & Instagram bellaastillah

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Bella Dan Keluarga Terkena Sihir, Mimpi Ular

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI