Noorazlan Ismail  yang tular kerana sanggup berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tuntutan rakyat berkaitan pengeluaran khas KWSP. Perjalanannya bermula pada 28 Mac 2023 yang lalu bermula di Tol Skudai, Johor Baharu. 

Pada 3 April 2023, Noorazlan telah tiba di Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tuntutan rakyat berkaitan pengeluaran KWSP bersasar.

Kata Noorazlan, dia sangat gembira dapat meneruskan misi ke istana walaupun tidak dapat berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya membuat ini dengan izin daripada kedua ibu bapa, anak dan bekas isteri. Mereka sokong 100 peratus. Walau apa orang kata yang pasti saya sihat fizikal dan mental. Malah orang tua saya yang menghantar saya dari rumah ke tol Skudai.

Kisahnya ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan tindakannya itu demi kelangsungan hidup keluarga.

Bercerita di sebalik kisah perjuangannya, beliau telah kehilangan kerja semasa pandemik Covid-19 dan turut berdepan masalah rumah tangga hingga menyebabkan dia terpaksa berpisah dengan isteri kerana faktor kewangan.

Nooazlan yang kini bekerja sebagai pemandu teksi mendedahkan pendapatannya hanya cukup untuk menampung perbelanjaan keperluan, namun beliau masih berdepan hutang.

IKLAN

Malah kos sara hidup yang semakin meningkat dengan perbelanjaan persekolahan anak-anak menyebabkannya nekad untuk menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara ‘one off’.

Berkongsi pengalaman berjalan kaki dari negeri yang terletak di selatan negara itu, Noorazlan memberitahu, ada pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan dan menghulurkan buah tangan berupa makanan dan minuman. 

Beliau turut berkongsi kisah tapak kakinya cedera melecet kerana berjalan terlalu lama.

Beliau turut berubah laluan perjalanan yang sepatutnya melalui highway namun selepas Pagoh, beliau terus memasuki jalan lama. 

IKLAN

“Terlalu ramai yang ingin memberikan bantuan dan sokongan sepanjang perjalanan. Ada yang ingin menumpangkan, memberikan duit tetapi bukan itu motif saya.

“Kalau hanya nak sampai dari Johor ke KL baik saya naik bas sahaja. Tetapi saya ingin pemimpin melihat. 

Alhamdulillah berjaya, syukur Ya ALLAH,” katanya yang tidak menyangka dapat memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum.

“Syukur Abang Azlan bawa suara rakyat dengan semangat. Semoga ada sinar untuk pencarum.” – Netizen

IKLAN

 

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Berani Suarakan Pendapat Rakyat! Ini Rupanya Sebab Noorazlan Tekad Jalan Kaki 340KM Ke Istana Negara Demi Pengeluaran KWSP

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI