“Berapa banyak ‘A’ Bukan Penentu Kejayaan.” Ingat Nasihat Arwah Suami, Nora Ariffin Bangga Dengan Anak

Share

Bukan hanya pelajar, bahkan ibu bapa juga berdebar untuk mengetahui keputusan SPM anak masing-masing, termasuklah penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin.

Mengakui dirinya sendiri turut gementar untuk menunggu keputusan tersebut keluar. Tidak dinafikan  tarikh hari ini pastinya meninggalkan memori dalam lipatan hidup pelajar yang sebelum ini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Begitu pun ulas pelantun lagu Dipersimpangan Dilema ini, tidak timbul soal jumlah berapa A yang diperoleh Putri Nor Dahlia, sebaliknya dia terharu memikirkan kehidupan  anaknya itu kelak.

Aduhaiiii mama pulak yg nervous, bukan risau pasal brapa A yg akn dapat tapi terharu anak akn melangkah setapak lagi.


Alhamdulillah Putri sudah punya plan utk masa depan.
In Shaa Allah moga dimakbulkan Allah SWT.

Tak kisah brapa A, yg penting kita dah buat yg terbaik & berniat utk menjadi manusia yg berguna.
Itulah pegangan papa arwah Johan selama ini.
‘A’ tak semestinya penentu kejayaan hidup seseorang.

Good luck kpd anak2 yg akan ambik result esk.
Kpd ibu bapa, pls support anak2 kita, jgn pressure diarg😍

Dalam pada itu, Nora turut memuatnaik perkongsian terbaru usai anaknya selesai mengambil keputusan SPM.

Alhamdulillah..
Putri, please remember that i am always proud of you, no matter what.😍😍

I’m sure papa pun sama.
Its your new beginning.
Mama sentiasa doakan terbaik.

Jadilah insan yg berguna & berjaya dunia akhirat
Love you my dear 🥰
Terima kasih buat semua cikgu2 & ustazah2, yg baik hati yg telah mengajar & mendidik anak saya selama ini.
Moga dpt Halalkan ilmu yg diberi.😍

Sumber: itsnoraariffin


ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA

dan join keluargagader club
IKLAN