Saat seorang lelaki telah bergelar suami, dibahunya terletak tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga sebaiknya. Suami yang menjadi tonggak utama selaku ketua rumah tangga, bukan sahaja mencari nafkah semata-mata bahkah perlu berusaha meringankan beban isteri di rumah sekali gus membahagiakan isteri.
Inilah yang dinamakan common sense dan realiti hari ini menyaksikan ada suami yang kurang memberi perhatian terhadap perkara berkenaan.
Memberi kesedaran kepada para suami, Dr Amirul Amin ini menulis di akaun facebooknya sekali gus menarik perhatian wargamaya. Ini perkongsiannya.
“Bahagiakanlah isteri. Allah akan lancarkan rezeki bagimu.
Mudahkanlah isteri. Allah akan mudahkan urusanmu.
Didiklah isteri. Allah akan jamin syurga untukmu.”
Berapa ramai orang membebankan isteri.
Berapa ramai menyusahkan isteri. Berapa ramai tidak mendidik isteri.
Maka sukarlah jalan hidupmu sepertimana sukarnya isterimu meniti hidup ini sedang dia sebagai isteri tetap senyum, redha dan kuat. Walhal fitrahnya bukan begitu.
Isteri saham akhirat. Beruntung bagi yang menyedari.
Jaga Isteri ..
Memang Susah .
Memang Penat .
Memang Rasa Rimas .
Suka Membebel .
Suka Marah-Marah .
Ads
Suka Merajuk .
Tapi ……
Ketahuilah ..
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menenangkan Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Memeriahkan Rumah Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menyedarkan Kamu .
Dan…
Individu Yang Kuat Merajuk Itulah Mendidik Rasa Sabar Kamu .
Ads
Wanita Yang Bising Itulah Yang Banyak Membelai Kamu .
Wanita Yang Bising Itu Jugalah Yang Banyak Memeluk Kamu .
Dan…
Wanita Yang Bising Itulah Banyak Bersama Kamu .
Tanpa Mengira Susah Atau Senangnya Kamu .
Tanpa Mengira Bertapa dia terluka dengan cara Layananmu .
Dan Nasihatku ….
Hargailah Isteri Seperti Seorang Ibu
Ads
Kerana ,
Kamu Akan Mengerti ..
Bertapa Berharganya Mulut Bising Itu ..
Ketika Kamu Kehilangannya .
Dan Ketahuilah .
Kamu Pasti Akan Merindui Bebelannya.
HARGAILAH ISTERI ANDA Mulianya seorang isteri disisi Allah… Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…
Dan..
Jika nama ‘dia’ yang tertulis di Luh Mahfudz untuk kamu, maka Allah akan tanamkan rasa Cinta pada keduanya. Tak perlu takut. Kuatkan Hati dan terus Berdoa…
Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham dan isterinya, Tasha tidak menolak jika direzeki anak kedua dalam masa terdekat namun terpaksa memikirkan pelbagai perkara termasuk kesihatan isterinya.
Bahkan pasangan serasi itu juga merancang untuk menambah cahaya mata kedua mereka bila masanya sesuai.
Pun begitu kata Ayie, focus utamanya kini sudah pastinya memberikan kasih sayang sebaik mungkin buat puteri sulungnya, Nayla Amanda.
“Perancangan tambah cahaya mata itu ada tapi buat masa sekarang nak fokus besarkan anak pertama dan beri kasih sayang pada dia,” katanya.
Tambah Ayie lagi, dia dan isteri juga sudah mengambil kita beberapa faktor sebelum menambah bilangan anak.
“Isteri saya melahirkan anak secara Caesar jadi doctor sarankan kandungan seterusnya kena tunggu Jarak tiga tahun.
“Saya pun tak nak ambil risiko, risau benda tak diingini boleh berlaku jadi saya dan isteri memilih untuk merancang,” tambahnya.
Menambah cahaya mata sudah semestinya perlu mengambil kira pelbagai kos dan perbelanjaan keluarga juga bertambah namun bagi Ayie dia percaya rezeki dari Allah.
“Saya percaya anak juga pintu rezeki, jadi saya tidak terlalu memikirkan faktor ekonomi.
“Saya pernah lalu hidup susah sebelum ini tapi alhamdulillah ada sahaja rezeki kahwin, rezeki anak. Apa yang penting bagi saya usaha cari rezeki dan percaya pada Allah,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Ayie mendirikan rumah tangga bersama Nur Natasha Awi pada Oktober 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nayla Amanda yang kini berusia dua tahun.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Kesempitan hidup buat isteri lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Lebih kuat bila mana teringatkan anak-anak yang masih kecil. Walaupun makan gaji namun memilih jalan untuk berhenti kerja memang susah untuk kita lakukan.
Wanita hebat, Mcyah Joanjett sudah pun membuktikan keputusannya untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri. Malah berkat usaha dia mampu membuktikan kejayaannya kepada keluarga. Memang menarik!
Sejak akhir-akhir ni hangat isu BERHENTI KERJA/RESIGN. Berbaloikah?
Salam perkenalan dari BEKAS PENJAWAT AWAM PPKP GRED U29 . Atau lebih dikenali dengan jawatan INSPEKTOR KESIHATAN.
Ramai yang berhenti kerja hidup senang-lenang, berjaya dan mewah. Tak kurang juga yang merempat, menyesal dan mengais pagi makan pagi demi sesuap nasi.
Genap 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, suami pula genap 1 tahun. Masa ni aku partime buat kuih tapi penat sangat sebab anak dua-dua kecik. Dua-dua masih tak reti bertatih. Fuhh. Kehidupan bertambah berat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja.
Cuti sakit selama 400 hari. Disini bermulanya keperitan hidupku. Di rumah akulah ibu akulah bapa, akulah isteri akulah suami. Dulu masa suami sihat ada juga duit lebih sebab dia partime buruh kasar. Sekarang memang zero lah. Harapkan separuh dari gaji U11 memang tak tertanggung.
Pagi-pagi sebelum kerja, aku hantar anak ke taska. Kemudian aku akan ke tempat kerja punch card dan minta kebenaran bos keluar urus suami. Aku akan balik siapkan suami untuk dibawa ke klinik terdekat bersihkan luka. Siap dia makan minum aku akan masuk kerja semula.
Petang-petang balik kerja, selepas amik anak aku akan bawa mereka pusing-pusing dengan kerusi roda. Kesian juga suami bosan terperuk dirumah. Keadaan ini sukar kerana kami tinggal jauh dari kampung dan keluarga. Minta tukar balik kampung tapi tak ada
rezeki.
Apabila keadaan suami beransur pulih. Aku tekad nak ubah nasib keluarga, aku mohon sambung pengajian supaya boleh naik pangkat atau mohon pekerjaan lain. Harapan aku, boleh la hidup senang sikit gaji besar. Suami dengan patah kaki sanggup hantar aku sampai depan asrama di USM Pulau Pinang.
Tapi aku lupa, jika kau tak berduit, secomel mana pun anak kau, sebagus mana pun anak kau, takkan ada orang yang sudi jaga mereka dalam tempoh masa yang lama walaupun saudara mara. Aku betul betul terkesan dengan isu ini. Aku sempat belajar 6 bulan sahaja.
Kemudian aku terminate walaupun ia sebuah impian besar. Dahla time tu suami terpaksa pinjam duit RM1k untuk bayar yuran pendaftaran pengajian aku. Maafkan aku.
Aku kembali bekerja seperti biasa dan uruskan anak-anak serta suami yang masih bersimen kakinya. Aku pinjam duit tabung di pejabat sebanyak RM2,000, campur duit gaji kami, campur simpanan dalam tabung haji dan aku ajak suami ke Vietnam untuk beli barang niaga. Jenuh jugak bawak dia dengan berkerusi roda, imegresen tanya macam-macam hihi.
Aku bagi alasan bawak suami sakit ke sana untuk berubat haha. Suami boleh berdiri dan berjalan dengan kaki simen tapi tak boleh lama nanti sakit. Sukar jugak nak kemana-mana sebab kami tambang taxi motor je. Nak naik yang kereta takut lari bajet.
Walaupun sukar kat sana, kene tipu hidup-hidup, dibawa lari oleh taxi moto tu. Maklumlah first time sampai sana. Tapi akhirnya kami boleh juga beli tudung dan kasut untuk dibawa balik Malaysia. Aku jual online dan offline. Pukul 8pg-5ptg kerja seperti biasa. Rehat
pukul 1-2 ptg orang lain pergi makan, aku pulak sibuk cod dan pos barang. Bonet kereta lah kedai aku. Hehe.
Malam jual secara online dan packing barang. Kadang suamilah yang tolong tulis borang dan packing di rumah. Hujung minggu aku berniaga di pasar malam. Alhamdulilah rezeki sentiasa ada.
Dari order barang dengan supplier 2 kotak je, dah jadi berkotak kotak. Dari 2-5 parcel dah jadi 10-20 parcel sehari. Dari simpan stock atas katil, dah boleh order rak buat mini stor. Syukrann. Order tak putus-putus, online offline sama-sama ligat. Tak kurang yang nak jadi ejen.
Dari buat sorang-sorang dah ada 20 orang ejen. Kemudin aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada kerja hakiki. Setelah buat keputusan dan sediakan payung sebelum hujan, aku pun buat keputusan berhenti kerja. Apa yang paling buat keluarga dan orang
sekeliling terkejut adalah, kami suami isteri resign serentak bersama pada hari dan tarikh yang sama.
Apa kata keluarga? Fuhh memang krisis betul. Dalam 7 beradik, aku sorang je yang keje makan gaji. Bak kata pepatah, akulah harapan keluarga. Memang mak aku merajuk tak mau bercakap dengan aku. Marah. Ayah pula redha. Tapi muka dia kesal. Keluarga sebelah Suami? Sama juga weh. Ayah dia, abang adik dia semua kerja makan gaji, takkan nak pecahkan tradisi keluarga kenn. Huhu
Aku cakap dengan suami, takpe kita sama-sama bangkit dan buktikan yang kita boleh. Kami berdua buat bisnes masing-masing. Suami buruh kasar, dia dah mula masuk kursus, pergi kelas, buat lesen pembinaan. Aku juga sama, ke majlis-majlis ilmu, bina team luaskan rangkaian marketing. Sebulan selepas resign, aku pregnant anak ketiga, tapi aku tetap gigih ulang alik ke kilang di Vietnam untuk shipping barang.
Alhamdulillah sekarang genap 1 tahun kami berhenti kerja dan selamat menimang cahaya mata ketiga. Suami dari gali lubang sendiri, pasang paip sendiri, sekarang dah punya sebuah syarikat construction dan team bernama #tz9088construction. Pelbagai job kerajaan dan swasta suami aku dapat.
Syukur. Aku juga sama, dah punya office sendiri, gudang sendiri, pekerja tetap dan sambilan, hampir 700 orang ejen di bawah naungan #9088legacySDNBHD dan 5 transport hasil jualan online. Dari zero emas sekarang kumpul 1kg lebih dah.
Allahuakhbar.. aku sangat gembira walaupun aku tak sehebat dan semewah orang lain tapi aku lebih hebat dari aku yang dulu. Terlalu cepat dan singkat masanya. Segalanya untuk sebuah kehidupan yang sempurna. PTPTN aku dah bayar cash lega di dada. Nampak simple tapi aku sangat struggle untuk buktikan segalanya.
Kongsi Tip
Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA?
– Aku pastikan bisnesku stabil selama 6 bulan.
– Gigih simpan 6 bulan gaji.
– Ada bisnes planner
Apa yang aku buat supaya aku boleh sustain dalam bisnes selepas resign?
– Jaga hubungan dengan Allah, ibubapa, keluarga.
– Aku hadir majlis ilmu.
– Aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan.
– Aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela.
– Zakat dan cukai wajib bayar.
– Gigih marketing.
– Realisasikan impian orang tersayang.
– Abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down.
– Sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.
Pilihan di tangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya. MasyaAllah. Janganlah kita cemburu dengan rezeki orang lain. Sesungguhnya kau tidak akan pernah rasa kesukaran yang mereka hadapi. Keperitan yang mereka alamai. Kesakitan yang mereka rasai. Bebanan yang mereka tanggung.
PASTI AKAN HADIR PELANGI SESUDAH HUJAN.
Kredit: Mcyah Joanjett
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedangkan suami isteri pun terasa kepayahan dalam mencari rezeki dan membesarkan anak sekaligus, apatah lagi buat ibu tunggal yang perlu memikirkan cara mencari duit untuk menyara dan membesarkan anak sendirian.
Itulah yang rasai dan dilalui oleh pelakon, Rita Rudaini yang telah memuat naik video throwback memaparkan dirinya bersama anak-anak ketika kecil.
Video yang dikongsi di laman Instagram itu menyatakan bahawa dia tidak pernah terbayang akan diuji dengan menjadi seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak sendirian.
“Tak pernah terbayang… waktu mereka sekecil ini, aku dah galas tanggungjawab sorang-sorang.
“Hebatnya energy dan emosi yang Allah hadiahkan pada aku dan ibu-ibu tunggal yang lain. Bukan senang ya, nampak macam senang kan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tambahnya, hanya insan bergelar ibu tunggal saja merasai pengalaman suka duka sebegini.
“Liku-liku, lopak, gaung, duri di kiri kanan… hanya kami saja yang dapat rasa, nak explain dengan kata-kata memang tak dapat.
“Hanya dengan air mata aku explain kepadaNya… syukur padaNya yang telah menulis perjalanan hidup aku, indah dengan pengalaman. Sangat indah dengan bahagia cara kami sendiri,” tambahnya.