Adat apabila berumahtangga ada pasang surutnya. Lumrah ada bahagia dan duka kala ditimpa taufan yang mendatang. Namun amat penting kebijaksanaan pasangan untuk memastikan kebahagiaan till jannah.

Bukan itu sahaja, kunci kebahagiaan dan rezeki melimpah ruah, suami juga perlu berbuat baik kepada isteri. Barulah isteri tidak memendam rasa.

Perkongsian oleh Amir syahir  tentang rumahtangga mengenai peranan suami yang dapat membahagiaan isteri begitu inspirasi. Moga jadi panduan bersama!

Berbuat Baiklah Kepada Isteri Sebelum Berbuat Baik Kepada Orang Lain. Kunci Rezeki Melimpah Ruah Dan Kebahagiaan Till Jannah

Emosi seorang isteri harus dijaga dan dipelihara dengan baik. Melalui pembacaan, saya mendapati ramai juga isteri yang perlu mendapatkan rawatan dan bimbingan daripada pakar psikiatri disebabkan tekanan mental dan perasaan yang berpunca daripada seorang suami.

Allah, sampai macam tu sekali. Mana tidaknya, apabila seorang isteri merangkap seorang ibu perlu menguruskan segalanya bersendirian. Tambahan lagi apabila si isteri juga bekerja. Itu belum masuk lagi dengan perangai suami yang cukup melukakan hatinya.

IKLAN

Berbuat Baiklah Kepada Isteri Sebelum Berbuat Baik Kepada Orang Lain. Kunci Rezeki Melimpah Ruah Dan Kebahagiaan Till Jannah
MANA SUAMI?
Suami sibuk dengan kerja. Sibuk dengan kawan-kawan di luar sana. Sibuk dengan media sosial. Bermain telefon sambil tersenyum sedangkan isteri sedang memasak sambil mengendong anak di dapur.

Suami begini mungkin merasakan dirinya adalah ketua, raja yang perlu dihormati oleh seorang perempuan bernama isteri. Baginya segala urusan anak-anak, urusan pakaian, makan minum, kemas rumah adalah tanggungjawab seorang isteri, bukan suami.

ISTERI BUKAN ORANG GAJI TAPI AMANAH ALLAH

Berbuat Baiklah Kepada Isteri Sebelum Berbuat Baik Kepada Orang Lain. Kunci Rezeki Melimpah Ruah Dan Kebahagiaan Till Jannah

IKLAN

Ingatlah, isteri bukan orang gaji. Isteri bukan hamba yang boleh diperlakukan sesuka hati. Dia adalah isteri, amanah Allah yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya kerana segala-galanya akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

Ringankanlah bebanannya. Fahamilah hati dan perasaannya. Peluklah dirinya dan nyatakanlah betapa anda menyayangi dirinya. Janganlah mengguris hatinya terutama dengan melayan perempuan lain jauh lebih baik daripadanya.

Dia dibesarkan dengan baik oleh ibu dan ayahnya sehingga anda boleh menjadikannya isteri dan ibu buat anak-anak anda. Dan, setelah tanggungjawab beralih daripada ayahnya kepada anda, jagalah dia seperti mana ibu dan ayahnya menjaganya.

ISTERI SETIA DISISI WALAUPUN HATI SERING TERLUKA

IKLAN

Berbuat Baiklah Kepada Isteri Sebelum Berbuat Baik Kepada Orang Lain. Kunci Rezeki Melimpah Ruah Dan Kebahagiaan Till Jannah

Isteri adalah manusia biasa, yang punya segala kekurangan. Dia mungkin tak sehebat perempuan lain yang pandai menguruskan syarikat sehingga berjaya. Dia mungkin tak sekaya perempuan lain yang boleh membuatkan kau kagum selalu.

Tetapi dia adalah isteri yang sanggup berkorban nyawa melahirkan zuriat anda. Dia adalah isteri yang sanggup memasak walaupun penat bekerja semata-mata ingin memastikan anda tidak lapar dan dahaga. Dia adalah ibu kepada anak-anak anda yang berjaga malam saat anak tidak sihat. Tidurnya tidak menentu.

Dia setia di sisi kau walaupun hatinya sering terluka. Dia tidak pernah lupa mendoakan kau dalam setiap sujudnya. Pandanglah kebaikannya. Kerana dia juga tidak pernah merungut tentang kekurangan diri kau.

Jagalah amanah Allah dengan sebaik-baiknya. Kerana isteri dan anak-anak adalah punca rezeki anda bertambah. Berbuat baiklah kepada isteri anda sebelum berbuat baik kepada orang lain.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI