Bercadang Jual Rumah Pusaka Yang Lama Terbiar, Ni Dikongsikan Stepnya!

Share

Walau harta tidak banyak mana, namun uruslah harta pusaka sebaik-baiknya. Umpamanya bila menyentuh tentang rumah peninggalan orang tua.

Ada orang sayang untuk menjualnya, atas sebab itu rumah dijaga rapi. Namun tidak kurang juga ada keadaannya terbiar begitu sahaja hingga semak samun jadinya dan lagi menyedihkan terbiar lapuk dimamah waktu.

Jika itu kesudahannya, mungkin ada yang bercadang hendak menjual rumah pusaka tersebut.

Mengetahui lanjut proses untuk menjual rumah pusaka ini, ayuh kita fahami perkongsian daripada agen hartanah Sellymiss Laimin.

MENJUAL RUMAH PUSAKA PART A

“Puan, saya nak jual rumah milik mak saya yang dah meninggal dunia boleh tak..apa perlu saya buat”.

Step:

1.Mohon bicara pusaka bagi harta tersebut di Pejabat Tanah (jika nilaian harta kurang RM2 juta), Mahkamah Tinggi ( jika nilaian harta lebih RM2juta).

2. Semasa perbicaraan, boleh membuat pembahagian milik melalui cara faraid, Permuafakatan/ persetujuan bersama, menolak hak.

3. Lantik seorang pentadbir dalam kalangan pewaris dan buat permohanan perlantikan pentadbir bagi harta tersebut.

4. Selepas permohonan pentadbir diluluskan, pindahmilik akan dibuat daripada nama si mati kepada nama pentadbir.

5. Geran akan dikeluarkan atas nama pentadbir.Pentadbir masih tiada hak untuk menjual rumah tersebut.

6. Urusan akhir untuk transaksi penjualan, Pentadbir perlu mohon “ulang bicara” untuk menurunmilik rumah tersebut daripada nama pentadbir kepada pemilik (tempoh biasanya 6 bulan +/-).

7.Atau melalui mohon perintah jualan “order for sell” (tempoh biasanya 3 bulan +/-) untuk pentadbir mendapatkan kuasa menjual hartanah simati

Sumber : Sallymiss Laimin

IKLAN