Terlalu lama rasanya kita seisi keluarga tidak berpeluang untuk bercuti bersama-sama. Anak-anak pula tidak dinafikan asyik sahaja bertanya, bila masanya mereka boleh dibawa berjalan-jalan untuk melakukan aktiviti menyeronokkan dan sekali gus memanfaatkan musim cutil sekolah kali ini.

Memandangkan anak-anak  sudah berasa ‘puas’ duduk di rumah,  saban hari melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti menonton tv, bermain games, atau mungkin sekali sekala di hujung minggu berkhemah di laman rumah. Jadi apa kata kali ini kita bawa anak-anak meneroka ke destinasi mengujakan tanpa perlu pergi jauh dan yang penting dapat jimat bajet!

Caranya bagaimana?

Mudah sahaja sebab ada Klook, di sini anda akan dapat tawaran harga lebih murah berbanding membeli tiket di kaunter, tidak perlu beratur panjang dan semuanya di hujung jari.

Jadi tunggu apa lagi, jom bawa keluarga anda bercuti dan di sini dikongsikan beberapa aktiviti  menarik lagi berbaloi untuk anda sekeluarga lakukan bersama;

  1. Keterujaan Di Aquaria KLCC

Bercuti Lagi Syok Bila Poket Pun Tak Bocor. Begini Cara Nak Bercuti Di Destinasi Menarik  Sambil Berjimat!

Membawa anak-anak menerokai lebih 20,000 hidupan laut, 250 spesis berbeza dari dalam dan luar negara, sekali gus anak-anak dapat mempelajari kepentingan pemuliharaan hidupan laut. Menarik juga bila ke sini, anda sekeluarga dapat melihat dengan lebih dekat ikan jerung bila melalui terowong bawah air sepanjang 90 meter. Boleh melihat Sand-Tiger Sharks, Green Sea Turtles dan Red-Bellied Pranhas. Pengalaman ini sungguh menakjubkan! Pastinya menjadi antara pengalaman menarik yang tidak akan dilupakan.

Waktu operasi:

Di buka Setiap Hari : 10.00am-8.00pm (Kemasukan Akhir : 7.00pm)

Untuk mendapatkan tiket, anda tidak perlu beratur panjang boleh beli tiket di Klook. Ianya lebih mudah dan jimat hingga 20% daripada harga di kaunter. Memang Wow!

2. Meneroka kehidupan haiwan di Zoo Negara

Bercuti Lagi Syok Bila Poket Pun Tak Bocor. Begini Cara Nak Bercuti Di Destinasi Menarik  Sambil Berjimat!

Zoo Negara antara lokasi wajib pergi bersama anak-anak.  Berkunjung di sini kita akan dapat memerhati haiwan-haiwan seperti gajah, singa, harimau dan pelbagai haiwan lain hidup di habitan semulajadi. Malah sebenarnya terdapat lebih 5000 spesis haiwan mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan ada di Zoo Negara ini. Berkunjung di Zoo Negara pastikan anda sekeluarga jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan melihat aksi comel beruang panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang.

Waktu operasi : Dibuka setiap hari 9am-5pm

Jadi usah tunggu lagi, segera tempah tiket secara online dengan tawaran harga yang cukup berbaloi hingga potongan harga 13% dengan klik di Klook.

IKLAN

3. Keriangan Tanpa Had di Sunway Lagoon

Bercuti Lagi Syok Bila Poket Pun Tak Bocor. Begini Cara Nak Bercuti Di Destinasi Menarik  Sambil Berjimat!

Jangan lupa untuk menyenaraikan Sunway Lagoon sebagai antara destinasi percutian anda sekeluarga. Bila berkunjung di sini, anda boleh habiskan masa seharian bersama-sama untuk menjelajah di 6 zon; iaitu  Nickelodeon, Amusement Park, Scream Park, Water Park, Nickelodeon Lost Lagoon, Wildlife Park, dan Extreme Park.

Waktu operasi :

Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa pada jam 10.00am-6.00pm

Jadi pastikan anda membuat tempahan awal mengikut tarikh yang dirancang dengan hanya tempah di Klook dan berpelung menikmati diskaun 7% .

4. Legoland Johor

Bercuti Lagi Syok Bila Poket Pun Tak Bocor. Begini Cara Nak Bercuti Di Destinasi Menarik  Sambil Berjimat!

Tidak usah pening kepala memikirkan destinasi pelancongan untuk keluarga dan anak-anak. Jom rasai pengalaman liburan yang meriangkan di taman tema Legoland. Bukan sahaja anak-anak akan teruja bermain dengan pelbagai jenis permainan, malah orang dewasa juga pasti teruja untuk meneruskan pengembaraan di Legoland,Johor.

IKLAN

Waktu beroperasi : Isnin-Ahad (10.00am-5.00pm)

Segera dapatkan tiket online di Klook dan dapatkan tawaran menarik bermula 15 Mac – 3 April ini dengan potongan promosi hingga 45%.

Rugi sekiranya jika anda lepaskan tawaran hebat dan istimewa ini dengan begitu sahaja. Apa yang pasti dengan menggunakan Klook menjanjikan harga tiket yang jauh lebih murah daripada harga yang dijual di kaunter bahkan ianya dijamin. Tanpa ragu-ragu anda boleh terus membuat tempahan lebih awal dan ianya cukup mudah. Semua tersedia untuk anda buat pilihan hanya dengan tawaran harga yang berbaloi.

Promosi ini memang cukup menarik. Pasti anda sekeluarga berpuas hati dengan potongan yang  diberikan khusus buat anda yang menggunakan khidmat pembelian dalam talian bersama Klook. Memang Wow!

Jadi pastikan cuti sekolah ini, anda bersama seisi keluarga dapat mengunjungi beberapa taman tema dan aktiviti yang digemari di seluruh Malaysia. Bagaimana caranya, dapatkan sahaja di Klook:

– Jaminan harga terbaik (lebih murah daripada harga di kaunter)

– Tanpa perlu beratur panjang

– Banyak tawaran kombo

IKLAN

Bercuti Lagi Syok Bila Poket Pun Tak Bocor. Begini Cara Nak Bercuti Di Destinasi Menarik  Sambil Berjimat!

Lebih menarik, bermula 22 hingga 27 Mac 2021 ini, Klook akan mengadakan kempen School’s Out JOM CUTI!  KLOOK menawarkan sehingga  50% tawaran kilat untuk percutian terpilih. Bahkan bila anda menggunakan kod promo FAMILIKKLOOK15 anda berpeluang mendapatkan tambahan potongan RM15 lagi untuk setiap baucer aktiviti bermula RM80.00 minima.

Aktiviti Tarikh Dilancarkan Promosi
Habitat Penang 23 Mac 2021, 12pm Potongan 50% untuk tiket dewasa, terhad kepada 100 terawal  sahaja.
Aquaria KLCC 24 Mac 2021, 12pm Potongan 50% untuk tiket masuk setiap hari (kecuali Sabtu dan Ahad) terhad kepada 100 terawal sahaja.
Legoland 25 Mac 2021, 12pm Potongan 40% untuk tiket dewasa dan kanak-kanak, tiada jumlah dihadkan!
Adventure Waterpark Desaru Coast 26 Mac 2021, 12pm Potongan 50% untuk tiket dewasa dan kanak-kanak, tiada jumlah dihadkan.
KL Activities 27 Mac 2021, 12pm Potongan 50% untuk Breakout, Escape Room, Hauntu, Farm in the City

Beli satu percuma satu untuk  Junandus

 

Tidak lengkap sekiranya bercuti jika tidak menikmati makanan istimewa di hotel-hotel ternama, dan bertambah berbaloi bila ditawarkan dengan potongan harga yang menarik.

Memang Wow setiap promosi yang bakal dinikmati bersama Klook dan caranya juga cukup mudah. Gunakan sahaja kod promosi FAMILIKKLOOK15 dan baucer boleh digunakan sehingga 31 Disember 2021.

Bercuti Lagi Syok Bila Poket Pun Tak Bocor. Begini Cara Nak Bercuti Di Destinasi Menarik  Sambil Berjimat!

Terma dan syarat

*Kod promosi FAMILIKKLOOK15 ini hanya sah untuk pengguna baru Klook dan boleh digunakan hanya sekali sahaja. Kod promosi ini melayakkan pengguna untuk mendapatkan potongan harga RM15.00 untuk pembelian pertama dengan had minima perbelanjaan sebanyak RM80 dalam satu tempahan.

*Bagi menikmati promosi ini, pastikan kod promosi digunakan ketika daftar keluar di halaman pembayaran.

*Kod promosi hanya SAH untuk warganegara Malaysia sahaja.

*Kod promosi ini tidak sah untuk promosi, baucar atau tawaran diskaun yang lain.

*Klook mempunyai hak untuk menolak, membatalkan atau mengubah terma dan syarat promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.

Untuk maklumat lanjut atau promosi lain yang menarik, boleh layari terus www.klook.com untuk info lanjut.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI