“Berendam Air Soda Bikarbonat” Anzalna Kongsi Tip Kurangkan Gatal Chicken Pox

Share

Semenjak kebelakangan ini ramai pula yang jatuh sakit. Maklumlah banyak faktor yang mendorong perkara ini berlaku.

Chicken pox antara penyakit yang normal dan sering berlaku kepada kanak-kanak atau orang dewasa.

Mengimbau kenangan semula, pelakon Anzalna Nasir turut mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang pengalamannya mengalami pemyakit ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, empat beradik termasuknya pernah terkena Chicken Pox secara serentak sewaktu berada di Canada.

“Missing @diananasir86 sebab anak-anak dia berjangkit chicken pox first day of Raya. Kesian @the_angguns.

“Tiba-tiba teringat waktu kami empat beradik (@nazirahnasir97 dalam perut mama) kena chicken pox serentak kat Canada,” tulisnya.

Dalam pada itu, Anzalna sempat berkongsi tip untuk meredakan gatal-gatal pada badan dengan menggunakan air soda birkabonat.

“Doctor kat sana suruh berendam air Bicarbonate of soda dalam bathtub untuk kurangkan gatal dan tak tinggalkan kesan,” kongsinya.

Selain itu, Anzalna juga sempat memberi saranan dan nasihat kepada para ibu di luar sana agar mencuba tip yang diberikan serta elakkan keluar rumah.

“Siapa anak yang kena chicken pox can try dan siapa yang kena tu tolong la duduk rumah jangan selfish,” luahnya.

Untuk rekod, Anzalna diijab kabulkan dengan suami, Mohamad Hanif Mohamad Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

IKLAN