Menerima ujian disahkan diri positif covid-19 dan turut dialami oleh ibu dan ayah yang telah berusia, tentunya merupakan ujian yang berat untuk diterima. Tidak dengan itu, belum pun surut rasa bebanan yang ditanggung, kini ibu dan ayah pula telah kembali ke negeri abadi.

“Mereka dah janji nak sehidup semati, tak sangka akhirnya mereka ‘pergi’ bersama,” luah Zuriyani Ramli, sayu bercerita tentang ibu dan bapanya yang meninggal dunia akibat COVID-19 masing-masing pada Jumaat dan semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sik, Kedah.

Menurut sumber, Zuriyani, 42, yang turut disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital sama berasa terkilan apabila tidak dapat menatap wajah ibunya, Salmah Shariff, 74, buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital untuk dikebumikan.

Namun, suri rumah itu tetap bersyukur kerana bapanya Ramli Awang, 82, ditempatkan di wad sama dengannya dan sempat meluangkan masa sehingga warga emas itu pula dijemput Ilahi.

Salmah Shariff (kiri) dan suaminya Ramli Awang (kanan) meninggal dunia selang 24 jam selepas disahkan positif COVID-19 Jumaat lalu. – NSTP/Ihsan Zuriyani Ramli

“Kami bertiga dirawat di hospital sama dan saya duduk satu wad dengan ayah, mak pula menerima rawatan di wad kecemasan. Jadi saya tak dapat tengok mak langsung dari mula masuk hospital sampai beliau meninggal dunia pukul 11.50 malam hari Jumaat lepas.

“Ayah duduk satu wad dengan saya dan kami sempat baca Yassin sama-sama. Malah, semasa ayah nazak saya sempat ajar ayah mengucap dan beliau menghembuskan nafas terakhir depan mata saya pada pukul 12.05 tengah malam semalam,” kata Zuriyani dalam nada sebak ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Zuriyani yang tinggal di Kampung Kota Bukit, Jeneri, di sini bersama suami dan lima anaknya berusia antara enam hingga 20 tahun berkata, bapanya yang menghidap strok tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu sebelum ibunya menyusul beberapa minggu kemudian.

“Sebelum ini ayah dan mak tinggal di rumah mereka di Kampung Batu 9, Gurun, bersama seorang lagi adik lelaki saya yang belum berkahwin. Saya bawa ayah duduk dengan saya sebab nak jaga dia dan mak pun ikut sekali selepas itu,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai jangkitan COVID-19, Zuriyani berkata beliau tidak pasti siapa yang pertama dijangkiti dahulu, namun penyakit itu mula dikesan pada dirinya.

Zuriyani berkata sebelum disahkan positif COVID-19, dia mengalami demam dan batuk selama seminggu dan beransur pulih, namun memutuskan untuk ke hospital bagi mendapatkan ubat batuk pada Jumaat lepas.

“Di hospital, doktor kata saya perlu buat ujian calitan. Apabila tahu saya positif COVID-19 saya terus telefon adik lelaki saya suruh bawa ayah ke hospital, sebab ayah juga beberapa hari sudah demam dan sejak itu tak boleh bercakap. Mak pula batuk-batuk tapi ingatkan batuk biasa sebab usia tua,” katanya.

Wanita itu berkata selepas bapanya disahkan positif COVID-19 pihak hospital mengambil ibunya di rumah yang kemudian turut disahkan positif dan dimasukkan ke wad kecemasan disebabkan keadaannya yang agak lemah.

“Saya tak sangka mereka positif. Saya ingat ayah yang kritikal sebab ada strok, tapi tak sangka mak yang pergi dulu sebelum ayah. Saya tak tahu kena jangkitan dari mana sebab saya tidak pergi ke mana-mana, rutin harian saya jaga mak ayah dan masak untuk mereka sahaja,” katanya.

Zuriyani berkata suami dan lima anaknya turut menjalani ujian saringan COVID-19, namun keputusannya belum dimaklumkan dan berharap mereka bebas jangkitan.

IKLAN

“Sebelum ini, ayah ada cakap yang dia nak beraya (Hari Raya Aidiladha) dengan saya sekeluarga, malangnya tak kesampaian. Ayah juga selalu pesan agar jangan tinggal sembahyang,” katanya yang turut memberitahu jenazah ibu dan bapanya dikebumikan di tanah perkuburan di kampung mereka.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi berkata pasangan suami isteri warga emas itu dimasukkan ke Hospital Sik pada Jumaat lepas dengan gejala jangkitan salur pernafasan dan kematian adalah akibat pneumonia COVID-19.

Sumber : BERNAMA & Berita Harian 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

IKLAN

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club