“Bersalin Baby Girl Tapi Meninggal Dunia.” Ibu Ini Kongsi Gambar Makanan Pantang Tapi Anak dah ‘Pergi’ Buat Netizen Sebak

Share

Selain menjadi medium perhubungan antara warganet, twitter, facebook, instagram serta beberapa lagi media sosial juga sumber untuk mencari  lokasi makanan, aktiviti harian serta tempat-tempat menarik lain.

Seorang selebriti media sosial di Twitter baru-baru ini  bertanyakan kepada umum mengenai makanan yang baru sahaja warganet makan, namun tweet itu dibalas seorang ibu muda yang bercerita tentang makanan yang di ambil sewaktu pantang.

Makanan hospital

Dalam coretan ringkas turut, wanita itu turut memuat naik bersama gambar makanan pantang. Akan tetapi, perkongsiannya itu membuatkan warganet sebak dan tersentuh hati.

 

Bayi perempuan meninggal dunia

Pelayar Twitter yang dikenali sebagai Nurdani itu telah menjelaskan bahawa dia telah selamat melahirkan bayi pada 21 Ogos lepas. Walau bagaimanapun, kegembiraan dia dan suami tidak lama apabila anak perempuannya dijemput Illahi beberapa waktu selepas wanita itu bersalin.

Hal tersebut telah dijelaskan oleh Nurdani menerusi Instagram miliknya disertakan dengan coretan panjang

 

 

Salam takziah puan

Rata-rata warganet yang mebaca perkongsian tersebut meluahkan rasa simpati dan mendoakan semoga wanita ini tabah dan kuat menghadapi dugaan tersebut.

Sumber : Nur dani_ub

 

 

IKLAN