Berseri-Seri Pengantin Baru! Terserlah Kebahagiaan Mizz Nina & Essam Pada Resepsi Malam Tadi Di KL

Share

Setelah hampir 3 bulan bernikah, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina akhirnya melangsungkan majlis resepi bersama pasangan, Essam Muhammad di sebuah acara tertutup malam tadi di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

Berita itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram jurusolek, Fazz Ariffin yang memuat naik foto hasil tata rias pengasas Qalby App berusia 43 tahun itu.

Tampil anggun dengan solekan sederhana, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil kelihatan anggun dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen, Ezzati Amira.

Berjalan dari pintu masuk menuju ke pelamin, para tetamu yang hadir dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto Mizz Nina dan Essam.

Majlis tersebut juga turut dikongsikan rakan rapat Mizz Nina, Aliza Kim yang memuat naik foto pasangan pengantin bersama anak angkat Mizz Nina, Musa.

Turut kelihatan hadir memeriahkan majlis ialah pelakon Datin Lisa Surihani dan suami, Datuk Yusri Abdul Halim.

Mizz Nina terdahulu berkongsi khabar gembira mengenai pernikahannya dengan suami, penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat itu.

Sumber : Sinarplus

IKLAN