
Sebelum ini pernah hangat di perkatakan bahawa ada satu video seorang perempuan yang memeluk anak Shuib Talita itu adalah Wan sharmila.
Baru-baru ini ibu Shuib Amysalmi22 memuatnaik gambar dan video bersama Wan Sharmila yang kelihatan begitu mesra dengan menulis kapsyen “Biar gambar berbicara”.
Ini menimbulkan tanda tanya dari netizen dari statemennya seorang memberi hint sesuatu yang tergambar di dalam gambar-gambar tersebut.
Nampak mesra dan selesa
Dalam perkongsian itu menunjukkan Wan Sharmila hadir pada majlis tahlil Arwah Siti Sarah. Gambar menunjukkan ibu Shuib benar-benar selesa serta mesra saling berpelukan dengan Wan Sharmila seolah ‘merestui’ jikalau Wan Sharmila menjadi isteri dengan anaknya, Shuib.
Bukan ibunya saja yang begitu mesra, malah anak-anak Shuib juga kelihatan begitu selesa dengan kehadiran Wan Sharmila.
Tidak dinafikan, Wan Sharmila memang dikenali dengan sikap dan peribadi yang lembut dan manja. Mana-mana yang terbaik untuknya, apa salahnya.
VIDEO
@amysalmi22biar gambar brbicara♬ original sound – Zirashafa
“tak nak laaa gambar yg berbicara…apa kata anak puan shuib yg berbicara baru kami seronok nk dengar🥰”
Netizen turut menitipkan doa dan menyokong sekiranya Wan Sharmila dikenakan dengan Shuib.
Apa pun, kita jangan buat spekulasi dahulu, biar tuan badan yang buka mulut sendiri. Moga yang baik-baik buat mereka.
sumber : tiktok Amysalmi22
Cara Guna Fungsi ‘Angin Luar’ & ‘Kitaran Dalam’ Pada Kenderaan Kena Tahu. Ada Sebabnya, Dr Ni Terangkan!

Bila bercakap bab penggunaan kereta, mesti ada sahaja kaum adam merasakan mereka cukup hebat. Kononnya serba serbi tahu berbanding wanita. Betulkah begitu?
Hakikatnya untuk orang perempuan tidak lagi mahu dilabel sebagai ‘hanya tahu bawa’, jadi di sini Keluarga kongsikan panduan atau rahsia di sebalik simbol angin luar dan angin dalam yang dikongsikan oleh Dr Aid Fawzal sebagai info buat semua. Secara tidak langsung meningkatkan lagi ilmu kita berkaitan kenderaan.
Apa yang penting, info ini sangat berguna dan bukan semata untuk kaum wanita. Malah sebenarnya tidak mustahil jika orang lelaki di luar sana pun tidak tahu hal ini.
Simbol ‘angin luar’ atau ‘kitaran dalam’ tersebut sebenarnya perlu ditetapkan mengikut situasi bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api, dengan kata lain ia dapat menjimatkan minyak jika kena gayanya.
Bahkan menurut Dr Aid Fawzal jika kereta tersebut berjemur seharian di bawah terik matahari dan bila kita hidupkan enjin, penggunaan simbul ‘angin luar’ dikatakan dapat membantu mengurangkan haba panas dalam kereta.
Untuk lebih detail, jom baca perkongsian daripadanya.
Nak pakai fungsi ‘angin luar’ atau ‘kitaran dalam’ pada air-con ni?
Jawapan:
Gunakan fungsi ‘angin luar’ apabila mula masuk kereta yang telah berjemur panas. Ini kerana angin dalam kereta lebih panas drp angin luar. Fungsi ni akan bantu turunkan suhu dalaman kereta dengan gantikan dengan angin baru.
Bila dah kabin kereta dah mula sejuk, tukarkan ke fungsi ‘kitaran dalam’. Ini akan bantu sistem air-con anda berfungsi dengan lebih baik kerana hanya perlu menyejukkan angin yang separa sejuk berbanding angin luar yang panas. Secara langsung dapat mengurangkan pengguna bahan api.
Akan tetapi, fungsi ‘kitaran dalam’ akan buatkan pengumpulan wap air drp pernafasan kita. Sebab tu cermin akan berkabus/berwap jika anda memandu di kawasan sejuk, pergunungan, kampung² atau sebelah pagi,
Tukarkan ke fungsi ‘angin luar’ untuk hilangkan kabus pada cermin depan.
——
Pening, tak tau nak pilih yang mana??
Sahabat saya, Jamadin Hayat (founder & chief mechanics di Ztechnica Automobile) mencadangkan korang guna fungsi ‘auto’ (automatic) pada sistem air-con korang jika ada.
Sistem auto pada air-con ni akan pilihkan fungsi yg mana paling sesuai.
Pada model² BMW, sistem auto air-con ni bergantung bacaan kepada AUC sensor.
AUC = Automatische-Umluft-Control (Kawalan peredaran semula udara automatik).
Jenama kereta² lain juga ada dengan nama sensor yang agak berlainan. Sensor² ini akan pantau kualiti udara & tahap kelembapan kabin.
Gunakan fungsi auto pada air-con korang kalau ada.
Sumber : Dr Aid Fawzal
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Dedah Nama Anak Kedua, Neelofa Cerita Kisah Disebaliknya!

Usahawan dan pengacara, Neelofa akhirnya berkongsi nama anak keduanya.
Perkongsian yang dibuat di laman Instagram miliknya itu bukan sahaja mendedahkan nama tetapi turut menjelaskan makna bagi kedua-dua nama anaknya itu.
Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.
Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..
Jika dilihat akan nama Bilal, sudah seymestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.
Sehingga ada hadith nabi saw bertanya:-
Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga
Dan Bilal menjawab!
مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ.
Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’”
Riwayat al-Bukhari (1149)
Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A
Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah ABBA’s
Merujuk hadith:
تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ
Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)
Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”
Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya
اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
– [ ] Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”
Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).
Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.
Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Sebelum ini, Ustaz Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih popular digelar PU Riz memaklumkan isterinya itu selamat melahirkan anak kedua mereka iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di sekitar Kuala Lumpur, jam 10.45 malam pada 11 Julai.
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dengan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal
Sumber:- Instagram Neelofa
Doktor Ini Dedah Bahaya Minuman Bungkus Ikat Tepi. Kena Alert.

Jangan buat main tentang kesihatan diri kerana jika dibiarkan akan memberi kesan kepada jangka masa panjang kepada diri. Oleh itu, salah satu aspek yang perlu kita jaga adalah pemakanan. Ia termasuk cara penyediaan dan pembungkusan makanan.
Menerusi perkongsian ini, doktor ini menjelaskan bahawa penggunaan plastik sebagai bungkusan untuk minuman panas boleh mengakibatkan kesihatan seseorang manusia itu menyusut. Ini dapat dilihat melalui penjelasan menerusi facebook doktor ini.

Masa PKP ni saya terpaksa ucapkan selamat tinggal kat teh tarik mamak. Sekali sekala minum juga…Tapi bila delivery kedai mamak guna plastik bungkus, terus takde selera.
Bukan sebab tak sedap dalam plastik tu..tapi sori lah..saya memang takut sangat dapat kanser.
# Dah lah plastik yang guna biasanya ada BPA..
# Air panas cepatkan BPA keluar dari plastik masuk dalam air.
# BPA mudah larut dalam lemak..dalam teh tarik, susu pekat tu tinggi lemak sawitlah. Jadi toksin tu mudah masuk dalam teh tarik tu.
.
Banyak negara dah haramkan BPA guna untuk plastik sesetengah pembungkus makanan… terutamanya botol susu bayi.
Apa bahaya pengganggu hormon seperti BPA dan pthalates dalam plastik ni?
Bahan ni walaupun sikit je..tapi berpotensi kumpul dalam lemak dan organ badan sebabkan toksik.
# Bahan ni ganggu hormon termasuk hormon kewanitaan. Ramai sekarang ada masalah berkait gangguan hormon ni seperti PCOS, endometriosis, senggugut teruk…berapa ramai wanita muda sekarang susah dapat anak.
# Pengganggu hormon ni jugak risiko sebabkan ketumbuhan seperti fibroid, ketulan kat payudara dan kanser kewanittan.
# Ia juga berisiko ganggu metabolik sebabkan darah tinggi, obesiti, kencing manis, sakit jantung, strok dan kerosakan organ seperti buah pinggang.
# Lelaki berisiko buncit, payudara membesar, testis mengecut..air mani kurang dan jadi mandul juga. Yang jadi pondan naluri jadi lembut semacam pun makin ramai.
# Alahan! ekzema, resdung sinus, asma, migrain makin menjadi-jadi
# Penyakit autoimun pun makin biasa kedengaran.
# Bahan toksik pengganggu hormon ni mungkin menyumbang kepada penerukan masalah angin GERD dan gangguan mental juga.
Baik minum dalam cup kertas je…atau buat sendiri.kat rumah. Benda macam ni orang memang tak endah sangat. Tapi bila dah sakit kanser, alergik atau angin teruk..baru menyesal.
Benda begini jika ambil mudah memang bawa padah.
Ubah lah sebelum sakit parah macam barah.
Sumber: Hafiz Sulaiman