Biarpun Hidap Kanser Payudara Tahap 4 , Isteri Ini Buat Prank Sempena Hari Jadi Suami. Inspirasi!

Share

Ajal, maut, jodoh dan rezeki segalanya ketentuan Ilahi. Apa segala perancangan yang dibuat adalah dengan iziNya. Sebuah perkongsian menyentuh hati, apabila seorang isteri yang menghidap kanser telah meraikan sambutan hari jadi buat suami tercinta.

Sejurus selesai kimoterapi ke 6 dari hospital, wanita ini telah prank dengan mengatakan tersasar ke airport. Untuk mengelak kejutan diketahui suami, wanita ini hanya berselipar  sahaja. Begitu inspirasi!

Beliau merupakan seorang pesakit kanser payudara tahap empat, Wan Musfirah Aimi Yusof, 34, yang disahkan menghidap kanser tersebut pada 2015. Kini, Wan Musfirah Aimi atau lebih mesra disapa Aimi masih menjalani rawatan susulan termasuk kemoterapi bagi memanjangkan tempoh kanser tersebut.

Penyakit kanser yang dihadapinya langsung tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk meraikan suami tercinta. Lebih teruja, wanita ini telah prank suaminya! Walaupun perkongsian dipaparkan penuh keceriaan, namun diakhir coretannya, sungguh meruntun jiwa. Luahan hati seorang isteri yang begitu menghargai suami!

Moga, Aimi bertambah tabah ini untuk terus menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh optimis dan semangat di samping suami tersayang.

Tahniah prank anda berjaya! Jom lihat perkongsiannya meraikan hari jadi suaminya

 

Tidur dalam grab.. kan dah kena prank

 

 

Birthday -moon

 

Baju ditempah khas..sweetnya!

Surprise birthday dinner

Birthday dinner untuk suami 

Kek mesti ada!

“Thai Dinner with a small mini orange cake for my hubby @ericiskandar love u baby .

i hope u happy today”

Surprise finale

“SURPRISE FINALE…MOMENTS BEFORE MIDNIGHT. THANKS HARD ROCK BANGKOK.. 
YOU ROCK HIS 40TH BIRTHDAY TONIGHT.”

Wow! Ada lagi kejutan

“Surpriseee adalglaaaaaa pls know i love you very very much sAyang Nik Eric Iskandar

Ucapan buat suami tercinta. Meruntun jiwa! 

“You are a good man”

“i planned it well so that after this incase im not there with u already…”

Menjengah pula ke ruangan komen, suami Aimi Yusoff memberikan kata-kata begitu menyentuh hati. 

 “i promise to myself that i will always be there for you”

Keluarga bahagia bersama dua orang anak.

Semoga pasangan ini menikmati hari-hari bahagia hingga ke hujung nyawa serta  keceriaan anak-anak penyeri rumahtangga.

Sumber: FB Aimi Yusoff 

 

IKLAN