Biasa-biasakan Selalu Berdoa, Walau Pada Keadaan Yang Kelihatan Tak Mustahak. Prof Ni Bagi Sebabnya!

Share

Biasanya bila berdoa kita selalu ucapkan bila usai solat namun hakikatnya,amalan berdoa ini tidak semestinya di atas tikar sejadah semata-mata. Malah dimana-mana dan pada bila-bila masa kita boleh berdoa, bertepatan betapa kita begitu bergantung harap mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Lantas sebagai ibu bapa, kita perlulah mendidik anak-anak kita untuk sentiasa berhajat kepada Allah walaupun pada perkara-perkara yang kita rasakan nampak begitu remeh dan ringkas. Hal ini cuba diingatkan oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim, dan ini katanya.

DIDIK ANAK BERDOA

Didiklah anak-anak agar sentiasa berdoa kepada-Nya walaupun dalam sesuatu yang kelihatan tidak mustahak.

Setiap kali – misalnya – mahu meninggalkan rumah ke sekolah, kembali ke asrama atau pulang ke universiti berpesanlah kepada anak-anak agar memohon kepada-Nya supaya dipermudah pengajian.

Ia kelihatan tidak perlu, tidak diajar dan tidak diamalkan oleh ramai orang kerana ia bukan amalan harian.

Malah ramai di antara kita yang tidak melihat berdoa sebagai satu amal ibadat paling ringkas, mudah dan tanpa kos.

Biasa-biasakan Selalu Berdoa, Walau Pada Keadaan Yang Kelihatan Tak Mustahak. Prof Ni Bagi Sebabnya!

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.

sumber : Muhd Kamil Ibrahim

IKLAN