Biasakan Cucu Dengan Latihan Ketenteraan. Datuk Ni Memang Bukan Biasa-biasa!

Share

Peribahasa ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, maksudnya begitu mendalam bagi keluarga bekas komando Abdul Halim Mat Ludin, 61 ini.

Darah perwira dan cintakan negara yang ada dalam dirinya  terlihat mengalir di dalam jiwa cucunya Muhammad Haziq Muhammad Hariq,6.

Menurut laporan yang dikongsikan Bernama tentang kisah yang cukup luar biasa ini, benarlah melentur buluh itu biarlah dari rebungnya.Demikian yang diperaktikkan oleh datuk kepada cucunya itu.

Menurutnya, “Kita nak latih masa dia budak. Bila dah tua, 7, 8 tahun.. masa tu dah tak jadi.”

“Dari umur dia kecil lagi saya sudah terapkan minat dia terhadap tentera, saya belikan alat-alat senjata mainan, dan saya letakkan pada tubuhnya ketika dia tidur, supaya minat dia timbul.

“Setiap kali lepas mandi, lepas menyusu ibunya dan bila-bila masa saja, saya akan letak senapang itu.”

“Kemudian bila dia sudah besar sikit saya mula latih dia, tiap-tiap hari saya bagi latihan berdasarkan latihan yang saya terima semasa di kem dahulu, termasuk jalan lasak, kedudukan menembak, berenang, memanjat tali, masuk hutan dan lain-lain lagi.”

Jahitkan Baju Celoreng

Selain itu, Abdul Halim juga menjahit sendiri baju celoreng untuk cucunya, yang dipakai setiap kali melakukan semua latihan tersebut.

Menjelas lanjut, beliau berharap dengan semua latihan tersebut, akan membolehkan Muhammad Haziq membesar dengan penuh disiplin dan memiliki ketahanan mental serta fizikal yang tinggi.

“Saya juga berharap dia dapat mengikuti jejak langkah saya masuk komando dan dia dapat ambil alih tempat saya suatu hari nanti.”

Didoakan semoga suatu hari nanti apa yang diusahakan oleh datuk dan cucu ini menjadi kenyataan….Amin.

Sumber : Bernama

IKLAN