Nama Nealofa Jadi Pilihan! Mua Bellaz Selamat Bersalin, Kongsi Tarikh Lahir Dengan Abang Ean

Share

Jurumekap atau selebriti media sosial, Mua Bellaz selamat bersalin anak keempatnya beberapa jam lepas di salah sebuah hospital swasta di ibu negara.

Berita gembira ini dikongsikan di laman Instagram miliknya sendiri dalam sebuah entri terbaru dengan kapsyen memanjat syukur atas kelahiran puterinya.

Allahuakbar …Syukur Alhamdulilahh

Nur Aisywara Nealofa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya di Instagram mengucapkan tahniah buat kelahiran si kecil ini.

Terdahulu, Bella sempat berkongsi perkembangan terkini kandungannya dalam sebuah entri di Instagramnya juga tiga hari lalu dan terlebih dahulu memaklumkan bahawa kelahiran puteri keduanya ini sama tarikh dengan anak keduanya, iaitu Ean Yusuf.

Malah, dalam perkongsian tersebut Mua Bellaz sempat mohon doa orang ramai mendoakan urusannya bersalin dipermudahkan.

Sumber : Instagram muabellaz 

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini

 

IKLAN