Asyik menu nasi je kan untuk berbuka, apa kata tukar sikit hari ni. Kita cuba pula Bihun Sup Utara buat hidangan seisi keluarga.
Admin kongsikan resipi dari saudara Khairul Abdullah. Cukup simple cara buatnya, guna pressure cooker je, tapi kalau tak ada jangan bimbang, boleh juga guna resipi ini. Cuma masa merebus daging sedikit lama.
Bihun Sup Utara wehhh.
Entah tetiba teringin bihun sup. Terus aku singgah beli barang balik opis tadi. Ambik masa sejam juga nak siapkan semua ni. Kelam kabut masak lupa nak ambik gambar step by step. Sorry naaa.
Ini bihun sup utara, kami tak guna sambal kicap macam hampa, kami guna sambal merah.
Nak buat dia pun senang yakmat.
Nah resepi “Bihun Sup Utara Sambal Merah Tak Sama Macam Geng Joho Sambal Kicap” oleh Superdaddy Khairul Abdullah.
Allahu panjang pulak nama dia.😅
Bahan-bahan untuk sup:
300-500gm daging bersama tulang.
1 ketul sup bunjut
2 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah ditumbuk
Cara nak buat sup:
Ads
1. Masukkan semua sekali dalam pressure cooker kalau ada dan tambah air ikut banyak mana sup kita nak. Set timer dalam 35 minit dan tekan on.
2. Dah siap, masukkan garam dan gula jika perlu. Keluarkan isi daging dan potong kecil.
Siap.
Bahan nak buat sambal merah:
2 cawan cili kisar 3 ulas bawang putih ditumbuk 3 ulas bawang merah ditumbuk 1 sudu kecil pes asam jawa atau boleh guna asam keping ½ ketul gula melaka atau gula merah 1 sudu kecil garam
Cara nak buat dia:
Ads
1. Panaskan 5 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga harum dan masukkan cili kisar. Kacau sampai pecah minyak beberapa kali. Lagi lama lagi umpph.
2. Kemudian masukkan pes asam jawa, gula dan garam. Kacau sebati dan siap.
Cara nak sediakan bihun:
1. Didihkan air dan masukkan 1 sudu serbuk kunyit. Lepas tu masukkan bihun. Kacau sebati dalam seminit lebih terus angkat dan toskan.
2. Selepas toskan siram dengan air sejuk.
Siap dan hidangkan.
Masukkan bihun, masukkan sup dan tambahkan bahan berikut di atasnya.
Ads
Potongan daging Tauhu goreng dipotong kecil Bawang goreng Potongan daun sup Potongan daun bawang Lobak masin Potongan limau
Siappp.
Tahun 80-90an dulu kat Loqstaq ada bihun sup kat tepi tangga Pekan Rabu. Semangkuk seringgit ke seringgit setengah kalau tak silap. Rindu betul aku kat bihun sup tu.
Sedap yarobbi.
Yang kita buat ni hampir sama macam yang tu.
Hampir tau, aku still tak dapat rasa yang sama. Tak tau depa boh apa, cari tak jumpa. Tapi yang ni pun dah cun sangat dah.
Macam kamu.
Cubalah.
#superdaddy #bihunsuputara
P/S: Banyak lagi resepi aku yang simple mudah dan cepat di Instagram @mynameiskhairul
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kenal dengan pengusaha kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri. Sikap gila-gilanya adakalanya membuatkan orang kurang senang namun tak kurang yang terhibur.
Namun, dia juga rajin membuat kejutan terutama buat orang tersayang. baru-baru ini Aliff membuat kejutan kepada ibu mentuanya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Menurut Aliff, kenderaan jenis Honda CR-V itu merupakan kereta yang diidamkan mentuanya, Rohani Hassan sejak dari zaman mudanya.
“Saya gembira sangat hari ini sebab dapat belikan kereta kegemaran mak mentua saya. Bukan main gembira dia dapat kereta ni.
“Maklumlah dari zaman muda mengidam nak pakai, akhirnya dapat juga. Kalau tak ada mereka, tak pasti saya ada isteri sebaik Shahida,” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Shahida turut mendedahkan bahawa Aliff juga adalah menantu kesayangan ibunya kerana merupakan satu-satunya menantu lelaki dalam keluarga tersebut.
Pada masa sama, Aliff turut menasihati orang ramai agar sentiasa berbakti bukan sahaja kepada ibu bapa sendiri, tetapi juga mentua.
“Bagi saya, kita kena berbuat baik dengan mentua sebab kalau tak kerana mentua kita, mungkin saya tak dapat isteri saya seperti sekarang.
“Disebabkan didikan mentua juga kita dapat pasangan yang baik. Selagi ada hayat, berbaktilah pada ibu bapa dan mentua kita sebab doa-doa mereka kita berjaya sehingga kini,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata memuji sifat pemurah yang ada pada Aliff.
shahira.amiera Rasa Terharu masa mak mertua peluk datuk😭mengalir air mata teman
shafiq080605Terbaik la dato memang menantu yg baik👏❤️
c_berries__dylaalhamdulillah semoga bertambah rezeki dato bahagia mak mertua😍
ifah.19MasyaAllah, mengalir air mata tengok vidio,saya ikut bahagia, saya teringin nk bahagiakan org tua saya jugak,, doa kan saya Dato 😭
dhiaumar_amylianaTerharuuu😢😢 makin murah rezeki dato n datin.. alhamdulillah x rugi kt berbakti pd makayah n mertua kt..moga2 sy pn dimurahkn rezeki mcm dato utk membahagiakn keluarga sy..🥰🥰
aindylingTerbaik Dato’ moga murah rezeki diberikan kesihatan dan bahagia selalu bersama family, alhamdullilah suka tgok mertua Dato’ happy
ummi_imanbusyroAlhamdulillah i love this kind of content…sgt bermakna,dato tunjuk contoh yg sgt baik pd masyarakat,saya doakan dato sentiasa dimurahkan rezeki yg berpanjangan..
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.
Kaki buli, biadap, suka melawan dan pelbagai lagi perangai anak-anak baik dulu sehingga sekarang. Bezanya zaman dahulu tiada media sosial yang melaporkan hal ini secara meluas seperti sekarang.
Apa sebenarnya punca kelakuan dan perangai mereka jadi sebegitu rupa? Jom semak 5 faktor yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif di laman facebooknya:
Dr Taufik Razif
1. Tengah Fasa Egocentric
? Dalam umur 2-4 tahun ni anak kita dalam fasa egocentric lagi. Yang ni takpe, jangan risau. Anak kita nampak macam biadap, tapi sebenarnya dia tengah membina karakter diri. Kita kena bersabar dan tenang tapi jangan sampai tak tegur ye. Kalau anak biadap, kena tegur tapi bagi la SEBAB kenapa perbuatan dia tu salah. Jangan tegur tanpa bagitahu KENAPA perbuatan tu salah.
2. Anak Rasa Tak Selamat
? Kadang-kadang kita teremosi terlebih sangat sampai anak kecil kita rasa tak selamat. Tu la puncanya TRUST anak kita pada kita jadi hancur. Masa anak kecil ni la dia nak kena ada someone yang dia TRUST. Bila anak rasa tak selamat je memanjang, otak dia akan bertindakbalas dengan 3F :
I. Fight ▶ melawan. Ni la antara punca biadap
II. Flight ▶ dia akan jadi penakut dan pasif
III. Freeze ▶ anak jadi konfius dan pendiam
3. Pengaruh Eksternal
? Sepatutnya mak ayah la yang kena pengaruhi anak tapi bila masa kita kurang bersama anak, selalu sibuk memanjang dan hadap handphone 24 jam je maka anak akan cari sumber luar untuk dia ikuti. Tu yang anak jadi mudah terpengaruh dengan anasir jahat di luar sana.
4. Mak Ayah Pendengar Yang Teruk
? Anak biadap ni kadang-kadang sebab dia rasa tak didengari. Ye, tu salah satu cara anak kita nak berkomunikasi dan nak bagitahu kita sesuatu walaupun sebenarnya cara tu salah. Salah kita juga, sebab tak tahu nak baca emosi anak kita. Ada masanya dia perlukan penghargaan kita, ada masanya dia nak kita puji pencapaian dia. Tapi kita tak dengar, sebab kita sibuk dengan hidup kita je!
5. Mirroring
? Yes, anak kita adalah peniru yang sangat hebat. Bila dia nampak kita kurang ajar dengan atuk dan nenek dia, dia akan tiru! Bila dia nampak kira kurang hormat pada suami kita, dia akan tiru! Bila dia nampak kita tak hormat, kasar, biadap dan suka menyuruh tanpa kasih sayang pada isteri kita, anak kita pun akan ikut tiru!
Apa menu hari ini ibu-ibu? Dah fikir belum atau masih buntu?
Inilah dilema ibu-ibu kan bila nak sediakan juadah berbuka untuk seisi keluarga.
Okey,hari ini admin leraikan kebuntuan, jom cuba resipi yang mudah ini. Selamat memasak!
RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS
Bahan-bahan:
Ayam 1 ekor(dipotong Dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1@2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai(dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih(dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar SOS tiram
2 sudu besar SOS ikan
Serbuk perasa(jika perlu)
Garam Dan gula(jika perlu)
Cara memasak:
1)masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam.lumurkan sedikit kunyit Dan garam pada ayam Dan goreng sehingga masak.
2)minyak Yang Sama(keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan2 tomyam)
3)tumiskan bawang putih,bawang merah,serai,daun limau purut Dan lengkuas.masak sehingga Naik bau Dan kekuningan.
4)masukkan cili kisar Dan Tumis sehingga masak Dan pecah minyak.
5)kemudian,masukkan perencah tomyam,cili padi,SOS tiram,SOS ikan Dan tambahkan garam Dan serbuk perasa(JIKA PERLU) serta Gaul rata.
6)akhir sekali,masukkan lobak merah,ayam Yang telah digoreng Dan air ½ cawan..biarkan ianya merenih sebentar Dan sedikit kering.
7)angkat Dan siap dihidang
SELAMAT BERBUKA PUASA😊
Kredit: Nurul Ateekah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.