Bila Anak-anak Ada Phone Sendiri, Mak Ayah Tolong Buat Begini Untuk Pantau Penggunaan!

Share

Boleh dikatakan semenjak anak-anak melalui pembelajaran PdPR di rumah,  kita sebagai ibu ayah telah membelikan handset untuk anak-anak.

Umum kita juga akui, bila handset sudah ada ditangan anak-anak, kita tidak terlepas dengan cabaran untuk memantau penggunaan telefon.

Jadi timbul juga kebimbangan di hati ibu ayah dan untuk itu ada baiknya lakukan sebagaimana yang dikongsikan oleh Nisya Gomezs untuk mengawal penggunaan telefon.

Ini perkongsiannya.

Mak-mak dan pak-pak sekalian… Anak-anak ada handset sendiri? WAJIB!!! Install Google Family Link.

Boleh set kan berapa jam anak hadap handphone, boleh tau anak habiskan masa dengan handphone untuk apps yang mana.

Selain dari tu, kalau anak-anak nak install apa-apa apps, depa akan cari kita untuk mintak permission. Kalau time ko p keje, mereput lah anak ko kene tunggu ko balik keje. Tetap ada peranan parents kt situ.

Kalau anak-anak yang dah besar sikit, app ni boleh trace anak dok belah mana. Dan, boleh bips suruh dorg balik. Sebab, once kita set keloi depa, hp dorg autolock. Kene jumpa mak pak balik lah untuk buka password. (Password jangan kene hacked sudahlah. Huhu)

Banyak lah boleh dilakukan dengan apps ni.

Dannn…. kalau ko panggil anak, anak buat-buat tak respon, ko set kn “locked phone”. Automatic dia akan turun cari mak/ayah dia sendiri tanpa di panggil.
Hahahaha

Sumber : Nisya Gomezs

IKLAN