Bila Anak Berdengkur, Ibu Ayah Kena Take Note. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Share

Bila anak tidur berdengkur ibu bapa perlu hati-hati kerana ada sebabnya ia berlaku yang berkaitan dengan kesihatan anak.

Ikuti perkongsian Doktor Ezairy M. Salih yang sungguh bermanfaat.


5 sebab kenapa anak kita berdengkur?

Ada antara anda yang yang ada masalah ini. Jom lihat lima perkara di bawah.

1. Masalah berat badan. Berat badan berlebihan akan menyebabkan gangguan pada salur pernafasan dan mengakibatkan masalah dengkur bertambah teruk

2. Tonsil yang besar. Ini menyebabkan halangan berlaku semasa proses pernafasan. Berdengkur boleh berlaku.

3. Adenoid besar. Struktur adenoid terletak di bahagian nasopharynx iaitu di belakang hidung. Pembesaran pharyngeal tonsil ini boleh mengakibatkan masalah berdengkur juga

4. Terlalu letih. Otot dan tisu yang lemah akibat terlalu letih akan mengakibatkan gangguan semasa bernafas ketika tidur. Berdengkur akan berlaku

5. Masalah pada hidung. Polyp atau apa-apa masalah di rongga hidung juga boleh menyebabkan masalah dengkuran.

Bagaimana langkah rawatan dan penyelesaiannya?

Dapatkan pemeriksaan bersama doktor. Anda akan dibantu. Merawat segala punca masalah adalah langkah paling terbaik.

Turunkan berat badan, aktif bersukan, rajin guna ubat doktor beri dan lain-lain.

Moga bermanfaat. Sila #kongsi kepada orang yang anda sayang.

Dr Ezairy M.Sallih

IKLAN