Bila Api Dapur Gas Bertukar Dari Biru Kepada Oren, Wanita Ni Kongsi Tips Mudah Servis. Hasil Pun Macam Baru

Share

Tengah memasak, tiba-tiba api nampak bertukar dari biru kepada oren, mula nampak periuk pun berjelaga. Sedikit sebanyak ia mengambil masa untuk makanan untuk masak. Leceh kan!

Situasi ini berlaku kerana sisa masakan dan kotoran tersumbat di saluran dapur gas anda.
Jadi bagaimana anda hendak atasi masalah ini? Mudah sahaja, disini admin akan terangkan cara mudah untuk anda atasi masalah dapur gas tersumbat.

 

Tip ini dikongsikan oleh saudari Sharina Binti Othman. Selamat mencuba!

Haritu ada nampak status seorang sahabat dalam group ni.
Kenapa tetiba api jadi warna oren dan periuk berjelaga.

Haaa ini caranya untuk kembalikan api jadi warna biru

Selamat tinggal jelaga yang suka singgah di periuk. 

Nampak dak api jadi warna oren. Ni bubuh periuk ka bubuh kuali ka, tak sampai seminit tobat hitam periuk tu.

Pusingkan benda tu. ( Yang anak panah tu. )

Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu ( anak panah ).

Nah hasilnya..😍😍😍😍😍 tak payah nak pening² kepala. Nak sental periuk. Nak beli dapoq gas baru. Alhamdulillah jimat duit.. yeayyyy

 

IKLAN