Untitled design - 2019-09-03T115202.903

Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak tidak terbalas dengan harta benda. Biarpun mereka tidak meminta, namun sebagai anak harus menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Selebriti seorang ini cukup terkenal dengan sikap prihatinnya pada ibunya.


.

Biarpun berbeza agama, namun Mark Adam tidak pernah melupakan ibunya.
Terbaru, dia membelikan sebuah rumah buat ibu tercinta di Filipina. Sekali gus merealisasikan impiannya yang sudah ditanam sejak tahun 1996 lagi.


.


Kasih seorang anak..

“Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah”
-1996-
thanks a lot for making this happen @ezzpowers
P/S – tak pakai helmet sebab tempat rumah baru sangat dekat dengan rumah lama sewah mak di dalam kampung.
“Tak pakai topi keledar sebab tempat rumah baru sangat dekat dengan rumah sewa lama mak di kampung.

“Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia. Syukur Alhamdulillah Ya Allah,” tulis Mark bersama sepotong video kejutan rumah baru buat ibunya itu.,”demikian tulis Mark di kapsyennya.

Dalam perkongsian tersebut, Mark dilihat melakukan kejutan dengan membawa ibunya membawanya menaiki sebuah motosikal menuju ke sebuah kawasan perumahan baru sambil mata ditutup.

IKLAN


Rumah yang dibeli hasil titik peluh Mark Adam untuk ibu tersayang..


Kejutan Mark Adam dan isteri buat ibu tersayang.

Ketika tiba, ibunya dibukakan penutup mata dan terperanjat apabila ditunjukkan kediaman baharu mereka yang bersaiz jauh lebih besar setinggi dua tingkat.

IKLAN

Malah, Mark sebelum ini pernah menghadiahkan sebuah televisyen pintar bersaiz 65 inci kepada ibunya ketika pulang ke Filipina baru-baru ini.

Biarpun Mark dikenali sebagai individu yang melucukan, perkongsian itu membuatkan netizen terutama rakan selebriti tersentuh dan memuji usaha Mark.

fareiza_arianna Alhamdulillah…anak yang baik, dan semoga terus menjadi suami dan ayah yg baik juga, insyaAllah

hafizhamidun Your heaven is beneath her feet

afdlinshaukiofficial alhamdulillah. anak yg baik

wafiy_aan @markadam1079 perangai yg patut dicontohi..

deen_hotfm alhamdulillah mark. semoga terus bertambah rezeki.

Sumber: IG markadam1079