“Bila Di Rumah NO Gajet. Kalau Kat Luar Boleh Bawa Bincang.” Almy Nadia Kongsi Tak Dedahkan Anak-Anak Dengan Gajet!

Share

Jika ibu bapa lain mendedahkan anak-anak dengan penggunaan gajet, berbeza dengan pelakon seorang ini. Menurut  Datin Almy Nadia tidak berbuat demikian kerana enggan membiarkan anak-anaknya ketagih dengan peralatan elektronik ini.

“Saja lah kan, hanya nak kongsi… Anak-anak kami kalau kat rumah tak boleh pegang gajet sebab dalam rumah dah ada macam-macam TV, mainan, makan, minuman. Segala makneka ada.

“Tapi disebabkan PKP ni papa nak tengok TV sat WWE, jadi bagi lah anak tengok gajet sat ja. Sat ni kutip simpan balik.

“Depa anak-anak pun tau, bila kat rumah NO gajet. Kalau kat luaq buleh bawa bincang bab gajet… hahahaha,” tulisnya dalam satu perkongsian menerusi laman instagramnya.

Perkongsian tersebut mendapat respond dari pengikutnya. rata-rata bersetuju dan memuji pendekatan yang dilakukan oleh Almy dalam mendidik anak-anaknya.

syifa_rasid Setuju! Sebab budak2 jadi ketagih. Bagus kak! 😍
mymumsbakery_kl.gombak Ank2 sy pun klau siang mmg x blh gajet,tp bila babah ada siang mlm pun bolehhh
aniessurayaalip Suka tgok famly u kak almy.best je dgn ank2.hi
eskinol.anti.jerawat Samalah anak pun main gajet sampai jam 4pm, terus simpan.

Sumber:  almynadiaofficial

IKLAN