Bila kita ditimpa kesusahan atau kesukaran dalam hidup biasanya kita akan berdoa memohon dipermudahkan dan diberi kesenangan. Doa merupakan bahagian penting dalam kehidupan kita. Dengan berdoa bererti kita memohon kepada Allah agar dapat memenuhi hajat dihati.

Banyak doa-doa terdapat dalam Al-Quran untuk kita amalkan setiap hari. Namun ramai yang tidak menyedari hal ini.

Menerusi perkongsian puan Norzi Malek, beliau berkongsi kebaikkan Al-Ma’thurat yang merupakan himpunan ayat-ayat Al-quran dan ringkasan doa yang di amalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Barangkali, ketika PKPB ini sambil duduk-duduk di rumah, kita muhasabah diri untuk membaiki amalan kita.

Moga jadi panduan buat kita semua. Ikuti perkongsian beliau.

Kebaikan Al-Ma’thurat yang jarang-jarang kita tahu dan menyebabkan kita jarang membacanya :

1. Al-Ma’thurat adalah himpunan ayat-ayat Al-quran dan ringkasan doa yang di amalkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Disarankan untuk di amalkan serta dibaca pada setiap pagi dan petang setiap hari.

2. Terdapat di dalamnya doa untuk mengelakkan bencana, disembunyikan segala keaiban kita dan memohon dikurniakan keselamatan di mata sahaja kita berada.

3. Doa untuk perlindungan dalam menjaga diri kita dari menyekutukan Allah dengan sesuatu yang kita ketahui dan daripada sesuatu yang tidak kita ketahui.

IKLAN

4. Yang ini paling penting kerana menjadi kehendak zaman kita : Doa yang sangat mustajab untuk mengelakkan rasa sedih dan gelisah, rasa lemah dan malas, dijauhi daripada sifat penakut dan bakhil (kedekut) serta dijauhi daripada cengkaman hutang dan penindasan orang lain.

5. Doa untuk memohon perlindungan daripada segala kejahatan.

6. Doa untuk memohon kesihatan tubuh badan, sihatkan pendengaran dan sihatkan penglihatan.

7. Doa untuk mengelakkan daripada azab dan siksa kubur.

8. Allah akan mencukupkan apa yang kita sangat perlukan dalam urusan dunia dan akhirat.

9. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.

IKLAN

10. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

Belilah di mana-mana kedai buku. Murah sangat. Rm2 sahaja.

Sangat disarankan untuk diamalkan selepas Subuh dan selepas Asar.

Saya bersyukur dan sangat berterima kasih kepada sahabat sekolah rendah saya,

Afiqah Ahmad

. Beliau mengajar saya membaca Al-Ma’thurat semasa saya darjah tiga.

Walaupun saya tidaklah istiqamah membaca, namun setiap kali saya membaca Al-Ma’thurat, saya akan sentiasa ingatkan sahabat saya seorang ini.

IKLAN

Doa yang saya paling suka baca di dalam ini ialah :

Bila Jiwa Rasa Gelisah, Keluarga Pun Rasa Beban. Wanita Ini Kongsi Kebaikkan Amalkan Al-Ma’Thurat Untuk Buat Jiwa Rasa Tenang.

“Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu. Hati yg penuh segar mensyukuri nikmatMu. Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah kurniakanlah kami deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.

Kami mohon ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya Allah, iman yg sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama2 kami.

Ya Allah, jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau hanya sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu.”

Sumber: Norzi Malek

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI